Cara menggunakan Uber - Nothing to Somethings

Cara menggunakan Uber

Seperti GrabCar, Uber juga mempunyai fungsi yang sama iaitu mengambil dan menghantar penumpang dengan menggunakan kereta persendirian. Dalam hal ini, kedua-dua apps (Grab dan Uber) ini saya gunakan. Ini kerana. harga yang ditawarkan oleh kedua-dua perkhidmatan ini adakalanya berbeza. Selain itu, apabila tiada perkhidmatan Grabcar saya akan membuat carian menggunakan Uber dan sebaliknya. Dalam kata lain, saya dapat mempelbagaikan pilihan saya. 


Bagi korang yang pertama kali ingin menggunakan Uber, disini saya kongsikan cara menggunakannya. 


Cara menggunakan Uber

1- Install apps

Untuk install apps Uber korang boleh search menggunakan Google Playstore. 


2- Daftar pengguna

Untuk daftar penguna korang perlu buka apps Uber yang di install dan masukkan nombor telefon. Selepas korang masukkan nombor telefon, kod/nombor pengesahan akan dihantar ke handphone. Masukkan nombor tersebut dan klik next. Masukkan nama dan klik next. Selepas korang masukkan nama, korang telah pun berjaya untuk daftar pengguna. 


3- Membuat tempahan

Untuk membuat tempahan kenderaan korang perlu:
i- Masukkan destinasi yang ingin dituju (where to?)
ii- Pilih jenis kenderaan (UberX, UberXL etc.)
iii- Sahkan jenis kenderaan
iv- Sahkah lokasi ambil (pick-up) untuk menempah. Tunggu sehingga kenderaan yang ditempah tiba.

Note: Untuk mengenalpasti kenderaan yang ditempah, rujuk maklumat kenderaan dipaparkan/ ditujukkan di handphone korang. 

Selesai...

Cara menggunakan Uber Cara menggunakan Uber Reviewed by Lah Mohd on 20:04:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.