Pengalaman menarik di Pulau Perhentian - Nothing to Somethings

Pengalaman menarik di Pulau Perhentian

Masih segar rasanya dalam ingatan kenangan bercuti di Pulau Perhentian. Meskipun telah lama berlalu, kilauan air yang jernih membiru bak kristal dan pasirnya yang halus masih terbayang di ingatan. Bagi yang tidak pernah jejakkan kaki ke pulau Perhentian, mungkin tidak dapat membayangkannya.

Pulau Perhentian

Untuk makluman, pulau Perhentian dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pulau Perhentian Besar dan pulau Perhentian Kecil. Namun bagi saya, pulau Perhentian Kecil lebih meriah terutamanya di bahagian Long Beach.

Dari segi penginapan, harga yang ditawarkan agak berpatutan. Korang boleh memilih sama ada untuk menginap di dalam khemah atau di resort bertaraf bintang. Mengikut pemerhatian saya, meskipun bermalam di khemah suasananya cukup meriah. Kemudahan seperti bilik mandi dan ruang solat turut disediakan.

Pulau Perhentian

Sebagai tambahan, bagi sesetengah bilik yang terlindung dari tiupan angin, keadaan bilik agak panas meskipun korang telah membuka kipas. Mengikut pengalaman, saya tidak mampu untuk bertahan di bilik yang mempunyai kipas meskipun telah membuka semua tingkap. Hal ini memaksa saya untuk menukarnya ke bilik berhawa dingin.

Manakala, dari segi aktiviti menarik korang boleh memilih sama ada untuk melakukan snorkeling, trekking, berkayak atau lain-lain aktiviti. Bagi yang mempunyai lesen scuba, mungkin pulau Perhentian harus menjadi salah satu lokasi wajib untuk korang menyelam. Manakala, bagi yang ingin menceburkan diri dalam dunia scuba, pulau Perhentian turut menawarkan pakej untuk mendapatkan lesen.

Baca juga: Berkayak di Pulau Perhentian

Pulau Perhentian
Nemo

Untuk makluman, sekiranya korang bercuti ke pulau Perhentian tanpa menggunakan pakej (bersendirian), semua aktiviti ini korang boleh tempah setibanya korang di pulau. Sebagai contoh, harga pakej snorkeling yang ditawarkan bergantung kepada bilangan lokasi menyelam.

Dari segi makanan, harga yang ditawarkan agak berpatutan. Namun sekiranya korang membandingkan dengan harga di darat, ia akan kelihatan mahal. Secara purata, kos untuk sekali makan sekitar RM10++  bergantung kepada menu pilihan korang. Untuk berjimat, korang boleh la membawa makanan sendiri.

Pulau Perhentian

Dari segi tempoh untuk berada di pulau, bagi saya masa yang ideal adalah 4H3M. Ini kerana, selain untuk melakukan aktiviti menarik (snorkeling, berkayak), masa percutian juga perlu di luangkan untuk merehatkan minda dan badan dengan menikmati keindahan alam semulajadi.

Selamat bercuti.....

Note: 
1- Semasa snorkeling, pastikan korang bergambar dengan punyu (tapi jangan sentuh) dan nemo (spesis ikan)
2- Bekalan elektrik akan dimatikan bermula jam 9 pagi hingga 6 petang

Pengalaman menarik di Pulau Perhentian Pengalaman menarik di Pulau Perhentian Reviewed by Lah Mohd on 22:35:00 Rating: 5

2 comments:

  1. awk menginap dkt mna? bekalan eletrik waktu malam shj tu apply dkt sume resort kt perhentian kecil ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya menginap di Perhentian Kecil. Nama resort dah lupa. Tapi rasanya semua resort takde eletrik di siang hari kecuali resort bersaiz besar.

      Delete

Powered by Blogger.