Cara ke Universal Studio Singapura (USS) dengan bas dari Kuala Lumpur - Nothing to Somethings

Cara ke Universal Studio Singapura (USS) dengan bas dari Kuala Lumpur

Ke Singapore dari Kuala Lumpur?
Ke Universal Studio Singapore (USS) dari Kuala Lumpur?

Untuk ke Singapura dari Kuala Lumpur anda mempunyai dua pilihan sama ada menggunakan kereta sendiri atau pengangkutan awam (kapal terbang, kereta api atau bas). Namun, memandangkan sebelum ini (sebelum penularan wabak Covid-19) saya telah ke Singapura dengan menggunakan bas, maka di sini saya hanya akan kongsikan cara ke Singapura dengan menggunakan bas.

Universal Studio Singapore (USS)

Cara ke Universal Studio Singapore (USS) dengan bas dari Kuala Lumpur

1- Kuala Lumpur - Woodland - USS

Sekiranya anda menaiki bas dari Kuala Lumpur (Terminal Berspadu Selatan - TBS) ke Woodland, biasanya bas akan singgah di Larkin untuk turunkan penumpang dan meneruskan perjalanan ke Kompleks kastam, imegresen dan kuarantin (CIQ) Johor Bharu.

Semasa di CIQ anda perlu turun ke ruangan pemeriksaan imegresen dan naik bas yang sama untuk ke komplek imegresen Singapura di Woodland.

Dari kompleks imegresen Singapore anda boleh dapatkan bas bernombor 170 untuk ke stesen MRT Woodland dan seterusnya ke USS. Dalam hal ini, cara menaiki MRT di Singapore hampir sama seperti di Malaysia. 

Note: 
Selain daripada perjalanan Kuala Lumpur - Woodland, anda juga boleh menaiki bas perjalan terus dari Kuala Lumpur ke beberapa lokasi lain di Singapore.

2- Kuala Lumpur - Larkin - USS

Sekiranya anda tidak menaiki bas perjalanan terus ke Singapore, alternatif lain yang boleh anda lakukan ialah menaiki bas ke Larkin. Dalam hal ini, selain dari Kuala Lumpur anda juga boleh menaiki bas dari mana-mana lokasi di semenanjung Malaysia asalkan bas tersebut menuju ke Larkin. 

Setibanya di Larkin anda perlu dapatkan bas bernombor 170 yang mana bas ini menuju ke Queen Terminal. Dalam hal ini, anda boleh memilih sama ada untuk turun di Queen Terminal ataupun lain-lain destinasi di Singapore (Cth, Woodland). 

Semasa berada di Kompleks kastam, imegresen dan kuarantin (CIQ) Johor Bharu anda perlu turun untuk cop pasport dan menaiki bas yang sama untuk ke komplek imegresen Woodland. Sekiranya kehilangan tiket, anda perlu membeli tiket baru. 

Selepas urusan di komplek imegresen Woodland, anda boleh ke stesen bas berdekatan untuk mendapatkan bas ke stesen MRT atau menaiki bas yang sama (sekiranya tiket anda ke Queen Terminal) untuk meneruskan perjalanan ke USS. 

Semasa anda turun untuk pemeriksaan imegresen pastikan semua barang anda dibawa bersama. Untuk makluman anda, lokasi Queen terminal berdekatan dengan Bugis Street dan Masjid Sultan. Setibanya di lokasi ini, anda perlu menaiki MRT untuk meneruskan perjalanan ke USS.

Note: 
Pastikan anda menyimpan tiket sepanjang perjalanan untuk semakan.
Cara ke Universal Studio Singapura (USS) dengan bas dari Kuala Lumpur Cara ke Universal Studio Singapura (USS) dengan bas dari Kuala Lumpur Reviewed by Lah Mohd on 12:46:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.