Cara ke Kuala Terengganu dengan Bas dan tempat menarik - Nothing to Somethings

Cara ke Kuala Terengganu dengan Bas dan tempat menarik


Kuala Terengganu, Apa yang menarik ya?

Untuk makluman, Terengganu kaya dengan pemandangan persisir pantai yang cantik selain terkenal dengan makanannya yang sedap seperti keropok lekor dan nasi dagang. 

Masjid Kristal
Masjid Kristal

Bagi korang yang ingin bercuti ke Kuala Terengganu tetapi tidak mempunyai kereta sendiri korang tidak perlu risau. Ini kerana, lokasi menarik ada berdekatan dengan terminal bas Kuala Terengganu sahaja. Yang penting korang rajin berjalan.

Untuk ke Kuala Terenganu dengan bas, caranya cukup mudah. Korang hanya perlu dapatkan mana-mana tiket dari tempat korang ke terminal/ stesen bas Kuala Terengganu. Dalam hal ini, bas akan berhenti di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu. Jadi korang tidak perlu risau sekiranya ini pertama kali korang ke Kuala Terengganu.

Sekiranya korang bergerak dari Kuala Lumpur (atau utara dan selatan semenanjung), disarankan untuk korang menggunakan bas malam atau bas akhir. Ini kerana, perjalanan ke Kuala Terengganu mengambil masa sekitar 6 jam. Jadi korang boleh jimatkan kos penginapan untuk satu malam. Dalam hal ini, korang akan tiba di terminal bas Kuala Terengganu sekitar jam 5-6 pagi. Meskipun masih awal, korang tunggu sahaja di terminal bas sehingga hari siang. 

Dari segi tempat menarik, terdapat beberapa lokasi menarik di sekitar bandar Kuala Terengganu, antaranya Pasar Payang, Kampung Cina (Chinatown), Waterfront, Bukit Puteri, Masjid Abidin dan beberapa lokasi lain. Dalam hal ini semua lokasi ini korang boleh kunjungi dengan berjalan kaki sahaja. 

Sekiranya korang ingin ke lokasi yang jauh (Contoh; Masjid Kristal, Muzium Terengganu, Masjid terapung) korang boleh la menyewa kereta di sana. Untuk jimatkan kos, korang boleh menyewanya sehari atau mengikut jam yang korang gunakan. Tapi bagi saya, lebih senang sekiranya di sewa sehari. 

Manakala, sekiranya korang ingin menikmati keindahan pulau, korang boleh ke Pulau Redang. Jarak antara terminal bas dengan jeti hanya sekitar 10-15 minit berjalan sahaja. Untuk makluman, jeti ini berada di hadapan pejabat Pos besar Kuala Terengganu. 

Pulau Redang
Pulau Redang

Dari segi penginapan, bergantung kepada citarasa korang. Sekiranya korang inginkan keselesaan dan layanan istimewa korang boleh lah menyewa hotel di tepi pantai yang di lengkapi dengan kolam mandi. Tapi sekiranya korang hanya ingin mencari tempat bermalam, korang bolehlah memilih hotel budget. 

Dari segi makanan pula, korang tidak perlu risau. Ini kerana, mejoriti penduduknya adalah melayu. Insya Allah menu yang dihidangkan akan menambat hati korang. Namun, bagi menu tertentu, sebelum mengambilnya pastikan korang bertanyakan harganya. Takut nanti viral pula bil makanan korang. heheheehe...

Note: Kalau korang sampai Kuala Terengganu, pastikan korang mencuba ICT (ikan celup tepung). Kedai terkenal Warung Pak Nong. 

Selamat bercuti....

Cara ke Kuala Terengganu dengan Bas dan tempat menarik Cara ke Kuala Terengganu dengan Bas dan tempat menarik Reviewed by Lah Mohd on 21:31:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.