Gunung Nuang!!!
Semestinya Gunung Nuang terkenal dalam kalangan pendaki dan peminat alam semulajadi. Ini kerana Gunung ini diketegorikan sebagai puncak tertinggi di Selangor iaitu dengan ketinggin 1,493m atau 4,898 kaki dari aras laut. Untuk ke puncak Gunung Nuang, terdapat dua laluan iaitu melalui Janda Baik, Pahang dan Pangsun, Hulu Langat.
Tupai di puncak Gunung Nuang
Selain diketogerikan sebagai puncak tertinggi di Selangor, Gunung Nuang juga diketogerikan sebagai puncak yang mempunyai trek dakian yang panjang. Untuk memasuki kawasan ini melalui Pangsun, korang perlu menulis nama (sebelum dan selepas mendaki) di dalam buku yang disediakan dengan sedikit bayaran. Buku ini berada di pondok sebelum pintu gerbang trek dakian bermula.
Umumnya, untuk sampai ke puncak Gunung Nuang melalui Pangsun, Hulu Selangor, masa sekitar 5-6 jam diperlukan yang mana boleh dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu:
Umumnya, untuk sampai ke puncak Gunung Nuang melalui Pangsun, Hulu Selangor, masa sekitar 5-6 jam diperlukan yang mana boleh dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu:
1- Pintu masuk (starting point) ke Kem Lolo = 2 jam
Trek di antara pintu masuk ke Kem Lolo boleh diketogerikan sebagai trek paling senang sepanjang trek dakian ke puncak. Sebahagian permukaan treknya adalah bersimen manakala selebihnya tanah. Sepanjang trek ini terdapat sekitar 6 pondok rehat yang disediakan. Untuk makluman korang, punca air boleh dijumpai di pondok terakhir dan di Kem Lolo. Sekiranya ingin bermalam, Kem Lolo adalah lokasi terbaik memandangkan ianya berdekatan dengan sumber air dan banyak permukaan tanah yang rata.
Antara spesis bunga terdapat di puncak Gunung Nuang
2- Kem Lolo ke Kem Pacat = 1 jam 30 minit
Bermula di Kem Lolo, trek mendaki menjadi lebih curam yang mana memerlukan masa sekitar 1 jam 30 minit untuk sampai ke Kem Pacat. Jarang sekali korang akan berada di trek yang landai. Meskipun begitu, treknya masih boleh diketogerikan sebagai sederhana. Dalam hal ini, permukaan trek adalah tanah. Sebagai tambahan, Kem Pacat merupakan lokasi terakhir untuk korang mengisi air. Laluannya berada di sebelah kiri (dari kem Lolo) yang mana perlu berjalan sekitar 5 minit.
Trademark Kem Pacat
3- Kem pacat ke Puncak Pengasih = 1 jam
Bermula dari Kem Pacat ke Puncak Pengasih, treknya boleh diketogerikan sebagai trek paling mencabar sepanjang dakian ke puncak Gunung Nuang. Ini kerana, treknya tersangat lah curam dan sebahagiannya adalah berbatu. Adakalanya korang perlu menggunakan tali yang disediakan untuk mendaki ke puncak.
Trek antara Kem Pacat ke Puncak pengasih
4- Puncak Pengasih ke puncak Gunung Nuang = 20 minit
Manakala, bermula dari Puncak Pengasih ke puncak Gunung Nuang, treknya kembali senang kecuali dibeberapa tempat. Keadaan persekitaran pula agak berangin dan sejuk. Sebagai tambahan, sebelum sampai ke puncak korang perlu berjalan di tepi curam/ gaung. Sekiranya korang bernasib baik, setibanya di puncak Gunung Nuang korang akan disambut oleh beberapa ekor tupai yang jinak.
Cara saya ke Gunung Nuang melalui Pangsun, Hulu Selangor
Reviewed by Lah Mohd
on
14:03:00
Rating:
No comments: