Bestnya ko dapat ke New Zealand, mahal tak belanja kat sana?
Ini antara perkara biasa yang anda dengar apabila anda balik dari bercuti. Dalam hal ini, ramai yang bertanggapan untuk bercuti ke New Zealand memerlukan kos yang besar. Namun, tahukah anda sebenarnya untuk bercuti ke New Zealand kosnya tidak la terlalu besar jika kena pada caranya. Yang penting anda rajin membaca dan menguruskan semua perjalanan sendiri tanpa melibatkan orang tengah (agent).
Sekiranya mengambilkira semua perbelanjaan yang dilakukan, secara keseluruhannya saya belanjakan sebanyak NZD1743.25 atau RM5229.75. Dalam hal ini, kos dalam nilai NZD saya sertakan bagi memudahkan anda membuat pengiraan sekiranya berlaku perubahan dalam nilai tukaran matawang semasa. Untuk memudahkan anda membuat anggaran perbalanjaan untuk ke New Zealand, di sini saya kongsikan ringkasan perbelanjaan saya selama 13H12M.
Desert Road
Untuk makluman anda, sepanjang di New Zealand saya hanya peruntukkan kos sebanyak NZD1152.40 atau RM3457.20 sahaja. Kos ini merangkumi semua perbelanjaan di New Zealand iaitu dari "North Island" dan "South Island" tanpa mengambil kira kos penerbangan dan harga tiket masuk tempat menarik. Ini kerana, kos ini mungkin akan berbeza bergantung kepada promosi dari syarikat penerbangan dan pilihan tempat yang anda ingin lawati.
Sekiranya mengambilkira semua perbelanjaan yang dilakukan, secara keseluruhannya saya belanjakan sebanyak NZD1743.25 atau RM5229.75. Dalam hal ini, kos dalam nilai NZD saya sertakan bagi memudahkan anda membuat pengiraan sekiranya berlaku perubahan dalam nilai tukaran matawang semasa. Untuk memudahkan anda membuat anggaran perbalanjaan untuk ke New Zealand, di sini saya kongsikan ringkasan perbelanjaan saya selama 13H12M.
Note:
1- Tukaran semasa percutian, 1NZD = RM3.00
2- Perbezaan antara Caravan, Campervan & Motorhome.
Caravan - Kenderaan yang memiliki trak tunda di belakang.
Campervan - Kenderaan yang diubah dengan kemudahan tempat tidur dan tempat masak
Motorhome - Truck besar yang memiliki kemudahan seperti sebuah apartment
Ke New Zealand selama 13H12M dengan budget NZD1743.25
1- Sewa campervan
11H10M = NZD917.80 atau NZD458.90 seorangHarga termasuk:
i- Insuran campervan
ii- Wifi 1GB/hari
iii- GPS
iv- Airport transfer
v- Campervan
Note: Campervan saya sewa dari syarikat JUCY Car Rental. Pastikan anda clik Deals di bahagian Menu untuk lihat tawaran yang ditawarkan. sekiranya bernasib baik anda dapat menempah kereta/campervan dengan kos NZD1 sehari.
Otira Valley
2- Minyak campervan
11H10M = NZD576 atau NZD288 seorang - Melibatkan perjalanan sejauh 3120KMSecara purata harga minyak NZD2 per liter
3- Tiket kapal terbang seorang
i - Kuala Lumpur - Auckland (return) + Luggage (20kg x 1) + makan 2 kali = NZD395
ii- Christchurch ke Auckland + Luggage 23kg = NZD84
Jumlah = NZD479
ii- Christchurch ke Auckland + Luggage 23kg = NZD84
Jumlah = NZD479
4- Tiket tempat menarik seorang
i- Hobbiton Movie set = NZD79ii- Milford Sound Cruise = NZD33.75
Jumlah = NZD112.75
5- Tiket feri Wellington ke Picton
NZD261 atau NZD130.5 seorang (Harga untuk penumpang + campervan dari Wellington ke Picton)Note:
Terdapat dua syarikat feri yang beroperasi antara South dan North island iaitu Interslander dan Bluebridge.
6- Holiday park
NZD399 atau NZD199.50 seorang untuk 10 malamSenarai Holiday park & motel yang disewa:
i- Backpacker hotel- NZD70
ii- Motutere Bay Holiday Park - NZD43 (power site)
iii- Camp Elsdon - NZD20 (Non-power site)
iv- Lake Brunner Country Motel & Holiday Park - NZD40 (Non-power site)
v- Lake Tekopa Motels & Holiday Park - NZD44 (Non-power site)
vi- Wanaka Lakeview Holiday Park - NZD40 (Non-power site)
vii- Te Anau Top 10 Holiday Park - NZD36 (Non-power site)
viii- Possum Lodge & Holiday Park - NZD34 (Non-power site)
ix- Lake Waihola Holiday Park - NZD30 (Non-power site)
x- Amber Kiwi Holiday Park & Motels - NZD42 (Non-power site)
Note
1- Motorhome perlu dicas sekurang-kurang sekali setiap 2 malam. Bateri perlu dicas bagi memastikan perlatan seperti peti ais dan barang elektrik lain dapat berfungsi dengan baik. Secara purata bateri boleh bertahan 36-48 jam bergantung kepada penggunaan.
2- Campervan tidak perlu dicas - Bateri kedua automatik dicas apabila enjin di hidupkan. Anda tidak perlu sewa power site semasa menginap/bermalam.
3- Untuk kurangkan kos penginapan anda boleh bermalam di DOC atau freedom camsite
Kowhai Point Camping Area
7- Makanan (masak sendiri)
i - Bahan mentah dibeli di New Zealand = +-NZD100ii- Bahan mentah dibawa dari Malaysia = +-NZD15
Kos 11H10M = NZD115 atau NZD57.50 seorang
Note:
1- Kos ini hanya merangkumi kos bahan mentah (cth: ayam, ikan, daging, udang, mentega untuk masak dll), tidak termasuk makanan siap masak/ siap proses.
2- Sekiranya anda bermalam di Holiday Parks, anda tidak perlu membeli butane gas (i.e. gas saiz portable stove). Ini kerana anda boleh menggunakan dapur yang disediakan oleh pihak Holiday Parks.
8- Travel insurans (VIP Plan)
NZD18 seorangJumlah perbelanjaan seorang: NZD1743.25 atau RM5229.75
Ke New Zealand selama 13 hari dengan budget NZD1743.25
Reviewed by Lah Mohd
on
13:10:00
Rating:
hi/salam saya nk minta tolong kat awak boleh.sy nk pergi new zealand south nk pergi 8 org tapi sy dapat tiket mahal.boleh tak awak tolong sy belikan tiket yg murah sy bg tip kt awak rm500 please.sbb sy tak tahu cara nak dapat tiket murah.kalau boleh whatsup sy 011-11513134
ReplyDeletehi/wsalam.
Deletekalau pergi ramai (8 orang) mungkin En boleh beli tiket melalui travel agency. Sbb adakalanya harga melalui travel agency lebih murah. Kalau beli sendiri En kena rajin tgk promosi dari syarikat penerbangan.