Mahalnya kos mendaki Gunung Kinabalu, ada tak pekej yang murah?
Itu antara rungutan yang biasa didengar apabila di tanya tentang mendaki Gunung Kinabalu. Namun tahukah anda sebenarnya kos untuk menempah slot mendaki Gunung Kinabalu cukup murah iaitu sekitar RM300 sahaja. Yang penting anda rajin dan menempahnya sendiri tanpa menggunakan khidmat orang tengah atau egent.
Ini kerana, sudah semestinya harga akan menjadi mahal bersesuaian dengan tanggungjawab yang dilakukan oleh egent pelancongan yang mana perlu sentiasa peka dengan tarikh jualan slot memandangkan bilangan slot mendaki adalah sekitar 100 orang sahaja sehari dan sering menjadi rebutan. Sebagai rujukan, berikut saya kongsikan cara untuk menempah slot mendaki Gunung Kinabalu.
Iklan yang dikeluarkan oleh Sabah Parks pada hujung July 2017 bagi slot mendaki 2018
Cara menempah slot mendaki Gunung Kinabalu bawah RM300
1- Pilih tarikh mendaki
Tarikh merupakan perkara terpenting yang perlu anda tentukan sebelum menempah slot mendaki. Ini kerana, tarikh diperlukan semasa mengisi borang permohonan dan dijadikan rujukan semasa menghubungi pihak berkaitan.
2- Tentukan jenis pendakian
Memandangkan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu dibahagikan kepada dua iaitu laluan biasa dan Via Ferrata, maka anda perlu tentukan jenis pendakian memandangkan kedua-dua trek diuruskan oleh pihak yang berbeza.
3- Membuat tempahan
Untuk makluman anda terdapat 3 pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan slot mendaki Gunung Kinabalu iaitu:
1- Sabah Parks
2- Sutera Sanctuary Lodges (SSL)
3- Mountain Torq - menguruskan pendakian melalui Via Ferrata
Dalam hal ini, sekiranya anda ingin mendaki Gunung Kinabalu menggunakan trek biasa anda boleh hubungi Sabah Parks atau SSL. Mengikut pengalaman, harga yang ditawarkan oleh Sabah Parks jauh lebih murah berbanding SSL. Meskipun harganya murah, slot yang dijual tidaklah banyak. Ini kerana, ketiga-tiga pihak mempunyai jumlah bilangan kouta atau slotnya sendiri.
Untuk menempah slot anda boleh hubungi pihak di atas melalui panggilan telefon atau emel. Namun begitu, panggilan telefon amatlah disarankan memandangkan maklum balas yang diterima adalah cepat.
4- Membuat persiapan mendaki
Selepas tarikh pendakian telah diperolehi dan bayaran telah dibuat, anda bolehlah menguruskan keperluan lain seperti:
1- Tiket penerbangan
2- Penginapan yang tidak termasuk di dalam pakej mendaki
3- Pengangkutan dari Airport/ Bandar Kota Kinabalu ke Kinabalu Parks (return)
4- Dan lain-lain keperluan tambahan yang difikirkan perlu (pakaian mendaki dan lain-lain)
Dalam hal ini, masa yang ideal untuk anda berada di Kota Kinabalu adalah 4H3M termasuk pakej mendaki 2H1M. Ini bagi mengelakkan anda terlepas penerbangan pulang memandangkan jarak diantara Kinabalu park ke airport adalah sekitar 2 jam memandu.
1- Tiket penerbangan
2- Penginapan yang tidak termasuk di dalam pakej mendaki
3- Pengangkutan dari Airport/ Bandar Kota Kinabalu ke Kinabalu Parks (return)
4- Dan lain-lain keperluan tambahan yang difikirkan perlu (pakaian mendaki dan lain-lain)
Dalam hal ini, masa yang ideal untuk anda berada di Kota Kinabalu adalah 4H3M termasuk pakej mendaki 2H1M. Ini bagi mengelakkan anda terlepas penerbangan pulang memandangkan jarak diantara Kinabalu park ke airport adalah sekitar 2 jam memandu.
5- Persiapan alatan mendaki
Sedia maklum, permukaan dan ketinggian Gunung Kinabalu adalah berbeza daripada gunung-gunung lain di Malaysia. Memandangkan suhu di puncak Gunung Kinabalu agak sejuk bermula pada lewat petang sehingga awal pagi, justeru memakai pakaian yang sesuai adalah disarankan. Contoh, mempunyai glove kalis air, jaket, beberapa pasang stoking untuk ditukar jika basah dan sebagainya.
Bagi memudahkan anda membuat persiapan alatan ke Gunung Kinabalu, disini saya kongsikan pautan/ link website yang menjual barang keperluan hiking iaitu dari PPT OUTDOOR. Untuk makluman anda, website ini menjual beraneka keperluan hiking dengan harga yang agak berpatutan.
Selesai.. Selamat mendaki
Cara menempah slot mendaki Gunung Kinabalu bawah RM300
Reviewed by Lah Mohd
on
22:12:00
Rating:
No comments: