Menjadi Volunteer SEATRU di Pusat Penyelidikan Penyu!!! Menarik ke???
Bagi korang yang tidak biasa dengan program volunteer, mungkin perkataan volunteer adalah sesuatu yang asing. Namun, bagi saya, selagi korang tidak mencuba untuk melakukannya korang tidak akan merasa seronoknya menjadi seorang volunteer.
Penyu bertelur
Mengikut pengalaman sepanjang 8 hari di Pusat Penyelidikan Penyu Pulau Redang, ianya cukup menyeronokkan. Meskipun lokasi pusat penyelidikan penyu tidak mempunyai jaringan telefon dan internet, namun semuanya terubat apabila saya dapat melihat anak penyu menetas dan kembali ke laut.
Mencatat rekod penetasan penyu
Selain itu, kawasan pusat penyelidikan juga amat sesuai untuk korang menikmati keindahan alam semulajadi. Ini kerana, dengan tiadanya jaringan internet dan telefon, korang tidak akan terganggu dengan sebarang mesej atau panggilan yang tidak penting. Sekiranya korang bernasib baik, korang dapat melihat sinaran bulan dan kelipan bintang yang cantik.
Memasang tag
Dari segi tugas yang dipertanggungjawabkan sebagai seorang volunteer, ianya tidaklah terlalu membebankan. Saya percaya korang mampu melakukannya. Ini kerana, mengikut pengalaman, saya hanya ditugaskan melakukan pengawasan pantai dan merekod semua aktiviti berkait dengan penyu. Contohnya mencatat bilangan penyu yang mendarat, memasang tag dan lain-lain tugas yang berkait.
Aktiviti di masa terluang
Untuk makluman korang, tugas seorang volunteer biasanya bermula sekitar 8 malam hingga 6 pagi dan 9 hingga 10 pagi mengikut shif. Namun begitu, sekiranya tiada atau kurang jumlah penyu yang bertelur, korang bebas melakukan aktiviti sendiri.
Aktiviti di masa terluang
Manakala, di siang hari korang bebas melakukan sebarang aktiviti sama ada bersantai di pantai, bergambar, mandi laut atau aktiviti peribadi lain.
Dari segi makanan, menu yang disediakan agak menarik. Saya percaya perut korang tidak sempat untuk berbunyi. Ini kerana, selain menu wajib, korang juga boleh masak sendiri menggunakan barangan dapur yang disediakan asalkan ianya tidak membazir.
Bagi pelajar yang mengambil bidang berkait dengan alam semulajadi atau bidang lain yang berkait (contoh sains biologi), selain menjadi volunteer korang juga boleh melakukan latihan industri di sini.
Pemandangan di sekitar pusat penyelidikan
Untuk memudahkan korang mendapatkan maklumat berkait program volunteer SEATRU di Pusat Penyelidikan Penyu Pulau Redang, berikut saya kongsikan sedikit ringkasan program.
Kelayakan
Terbuka kepada semua yang berumur 18 tahun dan ke atas
Kos
Pelajar Malaysia - RM450
Pelajar antarabangsa - USD200
Orang awam warga Malaysia - RM850
Orang awam warga asing - USD350
Note: Harga di atas adalah harga terkinin sehingga tarikh 14 Aug 2017
Pemandangan di sekitar pusat penyelidikan
Kemudahan
Untuk makluman korang sehingga tarikh kunjungan saya iaitu pada 5-12/8/17, kawasan Pusat Penyelidikan Penyu di Chagar Hutang Pulau Redang masih tidak boleh dihubung dengan sebarangan rangkaian talian telefon. Oleh itu, disarankan untuk korang memaklumkan kepada ahli keluarga sebelum korang menaiki feri ke Pulau Redang.
Kemudahan di pusat penyedikan
Aktiviti
Antara aktiviti utama yang korang akan lakukan adalah seperti merekod jumlah penyu mendarat, jumlah penyu bertelur, melepaskan anak penyu ke laut, memasang tag pada penyu (bagi yang belum di tag), jugle trekking, mandi laut, snorkeling dan lain-lain.
Cara menjadi Volunteer SEATRU - Tempah slot
Untuk membuat tempahan slot caranya cukup mudah, korang hanya perlu pilih slot yang masih kosong dan emelkan maklumat diri ke turtle@umt.edu.my. Emel maklum balas korang akan terima sekitar 2-3 hari bekerja.
Maklumat lanjut korang boleh baca di website SEATRU UMT
Volunteer SEATRU (Unit Penyelidikan Penyu) di Pulau Redang
Reviewed by Lah Mohd
on
23:14:00
Rating:
No comments: