Pengalaman ke Air terjun Chemerong, Langsir dan G.Berembun (CBL) - Nothing to Somethings

Pengalaman ke Air terjun Chemerong, Langsir dan G.Berembun (CBL)

Cantik, jernih, sejuk dan mempesonakan...

Tiada kata yang mampu saya luahkan apabila berjaya jejakkan kaki ke Air Terjun Chemerong, Langsir dan G.Berembun atau lebih dikenali sebagai CBL di kalangan peminat aktiviti lasak. 

Air terjun Chemerong
Air Terjun Chemerong

Bersesuaian dengan kedudukannya yang tinggi di kawasan berbukit/pergunungan, maka tidak hairanlah kawasan ini menawarkan suasana yang cukup tenang dan nyaman. Sepanjang trek korang akan melalui beberapa kawasan air terjun dan pepohon bonsai yang cantik. Mengikut cerita dari pendaki yang berpengalaman mendaki di beberapa kawasan lain, pepohon bonsai di CBL antara yang tercantik pernah mereka jumpai. 

Air terjun langsir
Air Terjun Langsir

Dari segi keadaan trek dakian, bagi saya treknya agak mencabar. Bagi korang yang pertama kali atau baru sahaja aktif dengan aktiviti mendaki adalah tidak digalakkan untuk terus melakukan dakian ke CBL. Sebolehnya lakukan beberapa aktiviti mendaki di kawasann rendah terlebih dahulu. 

Ini kerana, meskipun permukaan trek adalah 100% tanah namun kecuranan permukaan mungkin akan melemahkan korang. Secara kasar, mengikut pemerhatian saya kecerunan permukaan boleh mencapai sehingga 60-70 darjah. 

Trek ke Air Terjun Lesung

Mengikut pengalaman saya ke CBL dengan kumpulan yang besar (sekitar 40 orang), untuk ke tapak perkhemahan (Kem Y) masa sekitar 7-8 jam diperlukan termasuk masa untuk rehat. Bagi korang yang mempunyai statima dan daya tahan yang tinggi mungkin korang boleh habiskan trek dakian dengan lebih pantas. 

Berembun
Trek dakian ke Kem Y (tapak perkhemahan)

Dari segi jaringan internet dan telefon, bermula dari kawasan parkir hutan rekreasi Chemerong hinggalah kepuncak (termasuk sebahagian laluan/jalan raya ke kawasan rekreasi), hanya beberapa tempat sahaja yang mempunyai jaringan internet dan telefon seperti di Air Terjun Langsir. Jadi disarankan untuk korang memaklumkan kepada ahli keluarga terlebih dahulu sebelum korang memasuki kawasan rekreasi Chemerong. 

Sungai Bangan
Air Terjun Sg Bangan

Memandangkan kawasan CBL adalah kawasan air terjun, jadi korang tidak perlu risau tentang sumber air bersih. Ini kerana, banyak lokasi yang korang boleh berhenti untuk dapatkan sumber air termasuk di kawasan perkhemahan. 

Matahari terbit di Air Terjun Langsir

Bagi menjaga kebersihan dan keindahan kawasan CBL, setiap pendaki dipertanggungjawabkan untuk membawa turun semua barangan yang dibawa naik termasuk sampah. Dalam kata lain, tiada benda asing dibenarkan untuk ditinggalkan. 

Air Terjun Langsir - Tema Raya

Selain itu korang tidak dibenarkan untuk membuat sebarang ungun api. Untuk memasak korang perlu membawa semua kelengkapan memasak sendiri. Ini kerana penggunaan ranting atau kayu sebagai bahan bakar adalah dilarang sama sekali. 
Pengalaman ke Air terjun Chemerong, Langsir dan G.Berembun (CBL) Pengalaman ke Air terjun Chemerong, Langsir dan G.Berembun (CBL) Reviewed by Lah Mohd on 16:06:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.