Cara ke Pulau Redang dengan bas - Nothing to Somethings

Cara ke Pulau Redang dengan bas

Pengangkutan sememangnya menjadi isu bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, tidak terkecuali saya sendiri. Namun, bagi korang yang ingin ke Pulau Redang, pengangkutan bukanlah isu yang besar. Ini kerana, korang mempunyai dua pilihan sama ada dengan menggunakan kapal terbang ataupun bas.

Jeti ke Pulau Redang

Bagi korang yang mempunyai budget yang  besar, korang bolehlah menaiki kapal terbang. Dari airport korang boleh menggunakan taxi atau GrabCar. Dalam hal ini, jarak antara airport dengan jeti Shahbandar (jeti ke Pulau Redang) adalah sekitar 30 minit. Dari segi kos, tidak dapat saya jelaskan memandangkan saya ke Kuala Terengganu dengan menggunakan bas.

Manakala bagi korang yang memilih untuk ke jeti Shahbandar dengan bas, korang boleh dapatkan sebarang tiket asalkan bas tersebut menuju ke terminal bas Kuala Terengganu. Sekiranya korang dari Kuala Lumpur, korang boleh dapatkan tiket di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dengan harga sekitar RM45 sehala. Untuk mengelakkan korang bosan di dalam bas, disarankan untuk korang menaiki bas pada waktu malam. Dalam hal ini, secara kasarnya perjalanan akan mengambil masa sekitar 6-7 jam. Untuk mengelakkan korang menunggu terlalu lama di Terminal bas Kuala Terengganu, disarankan untuk korang menaiki bas lewat malam. Selain itu dengan menaiki bas pada malam hari korang dapat jimatka kos penginapan memandangkan feri hanya beroperasi di siang hari. 

Setibanya di terminal bas Kuala Terengganu, korang perlu tunggu sehingga hari cerah memandangkan bas biasanya tiba di awal pagi. Untuk makluman korang, jarak antara terminal bas dengan terminal feri ke Pulau Redang hanya sekitar 10 minit berjalan. Untuk memudahkan korang, dibawah saya sertakan peta laluan untuk korang berjalan. Dalam hal ini disarankan untuk korang menggunakan laluan bertanda 'biru'

Peta lokasi antara stesen bas dan jeti

Untuk makluman korang, lokasi jeti berada bertentangan dengan Pejabat Pos Kuala Terengganu. Dalam hal ini, sekiranya korang menggunakan laluan bertanda biru, korang akan melalui Pasar Payang, kedai makan dan beberapa lot kedai lain. Manakala, dari jeti Shahbandar ke Pulau Redang, korang perlu menaiki feri selama sekitar 1 jam 30 minit.

Cara ke Pulau Redang dengan bas Cara ke Pulau Redang dengan bas Reviewed by Lah Mohd on 18:14:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.