Tips memandu & bercuti di New Zealand - Nothing to Somethings

Tips memandu & bercuti di New Zealand

Tenang dan mendamaikan. Tiada ungkapan yang mampu saya luahkan kecuali kalimah pujian kepada kebesaran Ilahi apabila saya melihat keindahan di New Zealand. Pemandanganya cukup cantik dan agak sukar untuk saya gambarkan. Hanya yang pernah melihatnya mampu membayangkan betapa cantiknya alam semulajadi di New Zealand. Bagi memudahkan anda merancang perjalanan ke New Zealand, di sini saya ringkaskan pengalaman memandu di New Zealand selama 11H10M.

Lake Wanaka @ Wanaka tree

Tips memandu & bercuti di New Zealand

1- Bagi pemegang passport Malaysia, visa New Zealand tidak diperlukan sekiranya anda bercuti dalam tempoh kurang 3 bulan.

2- Visa Australia perlu dipohon sekiranya anda transit di Australia. Walaubagaimanapun, sekiranya anda menggunakan penerbangan Airasia yang layover di Australia, visa Australia tidak diperlukan.

3- Masa layover anda perlu turun dan bawa semua barangan peribadi (barang yang dibawa masuk ke kabin sahaja). Anda perlu melalui pemeriksaan keselamatan dan naik kapal terbang yang sama dan duduk di tempat yang sama. Tidak perlu isi apa-apa borang.

4- Waktu New Zealand adalah 5 jam lebih cepat dairpada Malaysia.

5- Matahari terbit sekitar jam 8 a.m dan terbenam sekitar jam 7 p.m (berdasarkan pengalaman bercuti di penghujung musim luruh)

6- Makanan halal (siap masak dan mentah) senang diperolehi. Anda boleh buat semakan senarai kedai Di Sini. Selain itu anda boleh dapatkan barang mentah di PAKnSAVE.

Lake Brunner
Lake Brunner

7- Tidak semua makanan di Malaysia boleh dibawa ke New Zealand. Pastikan anda membuat semakan sebelum membawanya.

8- Semua barang kawalan perlu di declare di dalam borang declaration. Pastikan anda declare semua barang kawalan. Ini kerana, jika anda membawanya tetapi tidak declare, jika disabit kesalahan anda boleh didenda dan dipenjara. Anda boleh buat semakan barang kawalan Di Sini.

9- Untuk menyewa kenderaan pastikan anda memiliki kad kredit (WAJIB ADA dan BAWA).

10- Pastikan anda turut menyewa GPS atau GPS + wifi  dan mengambil insurans kenderaan.

11- Sekiranya anda membuat tempahan awal kenderaan, elakkan daripada menyewa kenderaan di hari pertama ketibaan anda di New Zealand kecuali penerbangan anda tiba sebelum petang. Ini kerana, sekiranya penerbangan anda ditunda dan anda tiba di New Zealand di waktu malam, anda perlu mengambil kenderaan pada keesokkannya (kebiasaanya tempat sewa kereta menamatkan operasi sekitar jam 6 petang).

12- Semasa mengambil kenderaan pastikan anda periksa keadaan luar dan dalam. Kalau ada sebarang calar/kemek/ rosak maklumkan kepada staf mereka. Jangan lupa ambil gambar bersama sebagai bukti.

13- Kedudukan pemandu adalah sama seperti di Malaysia. Anda boleh memandu kenderaan di New Zealand dengan menggunakan lesen Malaysia tanpa menggunakan lesen Antarabangsa (perlu guna lesen baru berupa I/C).

14- Kelajuan maksimum kenderaan adalah 100km/h sahaja dan berbeza mengikut lokasi. Pastikan anda mengikut had kelajuan yang ditetapkan. Ini kerana, bagi sesetengah kawasan, kelajuan kenderaan diukur dan dipaparkan di skrin (fungsinya hampir sama seperti kamera AES di Malaysia)

15- Sekiranya anda pandu perlahan, pastikan anda memberi laluan kepada kereta di belakang untuk memotong.

Wairau River
Wairau River 

16- Harga minyak berubah-ubah mengikut tempat dan jenis pam minyak. Secara purata, harga minyak adalah sekitar NSD2.00 bagi setiap liter (harga pada May 2017).

17- Bagi memastikan percutian anda lancar disarankan untuk anda install apps Camper Mate di handphone. Aplikasi ini menyediakan pelbagai maklumat seperti lokasi menarik, campsite, tandas, stesen minyak, tempat rehat, kedai dan lain-lain. Selain itu terdapat juga promosi yang ditawarkan untuk pengguna apps.

18- Masa maksimum atau ideal untuk anda memandu adalah sekitar 2-3 jam sahaja sehari. Ini kerana terlalu banyak tempat menarik yang anda boleh lawati di sepanjang jalan.

19- Pastikan anda rancang laluan perjalanan. Ini bagi memudahkan anda membuat keputusan sekiranya berlaku penutupan jalan dan sebagainya.

20- Elakkan daripada memandu pada waktu malam. Ini kerana, anda akan terlepas daripada melihat pemandangan yang cantik.

21- Pastikan minyak sentiada dalam keadaan penuh atau separuh. Elakkan daripada minyak berada dalam keadaan kritikal.

Tol di New Zealand
Lokasi Tol di New Zealand dan jumlah bayaran

22- Tol hanya ada di 3 lokasi di sebelah North New Zealand sahaja. South Island tidak ada tol. Lokasi tol:
i) Auckland Northern Gateway
ii) Tauranga Eastern Link
iii) Tauranga Takitimu Drive

Note: Sila baca cara membayar tol

23- Campsite boleh dibahagikan kepada 3 jenis: Holiday park, DOC campsite, dan freedom.

# Holiday Park- Merupakan campsite berbayar yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti tempat masak, mesin basuh, tandas, bilik TV, soket eletrik, dan lain. Kebanyakkan kaunter reception Holiday park menamatkan operasi sebelum malam kecuali di bandar-bandar besar yang mana kebiasaannya mereka menamatkan operasi pada jam 9 atau 10 p.m. Dalam hal ini, masa ideal untuk check-in adalah sebelum jam 6 p.m.

# DOC - Hanya mempunyai beberapa kemudahan asas seperti tandas (kebanyakkan tandas berkonsepkan long-drop), sumber air (dari sungai atau tangki). Kebiasaannya anda perlu membuat bayaran di pondok yang disediakan dengan konsep layan diri & kejujuran. Dalam hal ini anda boleh check-in pada bila-bila masa kerana campsite jenis ini tidak dijaga seperti Holiday Park.

# Freedom campsite - Anda boleh bermalam tanpa sebarang bayaran. Namun kebiasaannya campsite jenis ini hanya boleh digunakan oleh kenderaan jenis self-contained (motorhome yang ada tandas).

24- Semasa check-in Holiday Park pastikan anda request tapak yang dekat dengan kemudahan seperti tandas, dapur, dan lain-lain.

Hobbiton Movie Set

25- Lokasi menarik ada di mana-mana walaupun hanya di tepi jalan biasa. Dalam hal ini anda tidak perlu terlalu taksub atau terikut dengan trend untuk melihat tempat menarik berbayar.

26- Pastikan bawa bersama Travel adapter, Car Charger, power bank, kamera dan ubat-ubatan peribadi.

27- Sentiasa peka dan berwaspada dengan sebarang papan tanda. Contoh:
a) Scenic View atau Look Up Point untuk kawasan pemandangan sangat cantik (wajib berhenti);
b) One lane bridge'  untuk jambatan satu lorang yang mana anda perlu perlahan/ berhentikan kenderaan untuk memberi laluan.

28- Keadaan cuaca sentiasa berubah-ubah. Pastikan anda sentiasa membuat semakan cuaca dan membawa pakaian yang sesuai mengikut musim kunjungan.

29- Pemandangan di South Island lebih cantik dari North island.

30- Beza antara motorhome dan campervan:
# Motorhome - kenderaan yang menyerupai sebuah apartment bergerak dan perlu dicas setiap selang sehari. Secara purata bateri motorhome boleh bertahan sekitar 36-48 jam.

# Campervan - Van yang diubahsuai menjadi seperti sebuah rumah dan tidak perlu dicas. Bateri campervan secara automatik dicas apabila enjin dihidupkan dan dibantu oleh panel solar.

Note: Berdasarkan pengalaman menyewa campervan dengan syarikat Jucy (campervan untuk 2 orang tidur).

Susu coklat paling sedap yang paling tengah (lupa nama) - wajib cuba

31- Pastikan anda print, bawa dan simpan semua dokumen berkait seperti maklumat/tiket penerbangan pulang dan maklumat penginapan di tempat yang mudah diambil. Ini kerana, sekiranya anda menjadi insan terpilih anda akan di soal siasat di airport selepas anda melepasi pemeriksaan imegresen.

Note: Pemeriksaan ke atas individu dilakukan secara rawak.

32- Pastikan anda rakam semua kenangan dan pemandangan yang anda lihat dan rasai dan mencuba susu atau susu coklat di New Zealand.

33. Pastikan anda aktifkan kad ATM untuk pengeluaran antarabangsa atau bawa kad kredit. Secara keseluruhannya untuk 13H12M saya telah belanjakan sebanyak RM5529.75 atau NZD1743.25 (all-in).
Tips memandu & bercuti di New Zealand Tips memandu & bercuti di New Zealand Reviewed by Lah Mohd on 16:02:00 Rating: 5

4 comments:

  1. Hi,

    Nak tanya, lesen P boleh tak digunakan di NZ? Thanks

    ReplyDelete
  2. Salam. En Lah..selang berapa Hari nk cas campervan tu? Apa persediaan sblm nk charging? Masa charging kna on la ya enjin tu? Masa brmalam pn kna on juga enjin ke? Sorry by tanya pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam
      Utk cas campervan cik/tuan tak perlu sediakan apa2 sbb campervan akan dicas secara automatic apabila campervan dihidupkan/bergerak. Dlm kata lain xde masa yg spesifik utk caj campervan. Enjin hidup je, campervan terus dicas.

      Untuk bermalam cik/tuan boleh matikan enjin sbb bateri dh dicas penuh diwaktu siang semasa campervan bergerak.

      Delete

Powered by Blogger.