Trip mendaki kedua April 2017.
Sekiranya sebelum ini saya kongsikan pengalaman ke Gunung Batu Merah, kali ni saya kongsikan pengalaman sehari mendaki Gunung Pulai di Baling Kedah.
Untuk makluman korang Gunung Pulai terletak di Baling Kedah dan memiliki ketinggian 620 meter dari aras laut dan berada bersebelahan dengan Gunung Baling. Dalam hal ini, jaraknya mungkin hanya sekitar 500 meter sahaja.
Untuk ke Gunung Pulai, korang perlu memandu menghala ke Baling Kedah atau setkan waze korang ke Sekolah Kebangsaan Pulai. Manakala untuk ke kawasan parkir kereta korang perlu memandu sekitar 5 minit dari Sekolah Kebangsaan Pulai dengan melalui kawasa kampung. Mengikut pemerhatian saya, tiada kawasan khusus untuk parkir melainkan ditepi jalan dan tidak dijaga.
Dari segi kewajipan untuk memohon permit dan menggunakan pemandu arah saya tidak dapat jelaskan. Ini kerana, trip ini telah diuruskan 100% oleh kelab MAG memandangkan trip dakian ini telah saya lakukan bersama mereka. Untuk mengetahui aktiviti mereka korang boleh follow facebook MAG.
Untuk ke puncak Gunung Pulai korang perlu berjalan melintasi sungai, kebun, dan trek yang berbatu. Dalam hal ini, trek dakian boleh dianggarkan 90-95 peratus adalah berbatu dengan kecuraman sekitar 70 hingga 75 darjah. Untuk makluman, tiada punca air di sepanjnag trek ke puncak. Dalam hal ini disarankan untuk korang membawa air yang mencukupi memandangkan keadaan dipuncak agak panas. Bagi saya, sukatan minimum yang perlu dibawa adalah 2L air mineral atau 1.5L air 100Plus dan 1.5L air mineral. Untuk sampai ke puncak, masa sekitar 2 1/2 hingga 3 jam diperlukan.
Manakala, dari segi pilihan pakaian disarankan untuk korang memakai baju berlengan panjang, seluar panjang dan topi. Ini kerana, kawasan untuk anda berteduh sangat terhad memandangkan keadaan dipuncak adalah terbuka dengan jumlah pokok yang sangat minimum. Dalam hal ini korang boleh melihat pemandangan sejauh mata memandang dan mengambil gambar dari pelbagai posisi 360 darjah.
Gunung Pulai

Trek ke Gunung Pulai

Puncak Gunung Pulai
Manakala, dari segi pilihan pakaian disarankan untuk korang memakai baju berlengan panjang, seluar panjang dan topi. Ini kerana, kawasan untuk anda berteduh sangat terhad memandangkan keadaan dipuncak adalah terbuka dengan jumlah pokok yang sangat minimum. Dalam hal ini korang boleh melihat pemandangan sejauh mata memandang dan mengambil gambar dari pelbagai posisi 360 darjah.
Cara saya ke Gunung Pulai, Kedah
Reviewed by Lah Mohd
on
16:53:00
Rating:
No comments: