Trip mendaki ketiga April 2017.
Puncak Gunung Baling
Untuk makluman korang, sebenarnya trip ini adalah sambungan kepada trip mendaki Gunung Pulai yang mana merangkumi pakej mendaki 2H1M (Gunung Pulai - Baling) yang telah ditawarkan oleh kelab MAG. Yang membezakan trip ini adalah, Gunung Pulai didaki pada 8 April jam 8.30 pagi dan Gunung Baling didaki pada 9 April jam 6.00 pagi. Sama seperti kedudukan Gunung pulai, Gunung Baling terletak di Baling Kedah dan mempunyai ketinggian 546 meter dari aras laut iaitu lebih rendah dari Gunung Pulai.
Awan karpet Gunung Baling
Untuk ke puncak, korang boleh sampai ke puncak dalam masa sekitar 1 jam sekiranya korang mempunyai stamina yang baik dan kurang berhenti. Ini kerana, mengikut pengalaman, saya sendiri mampu sampai ke puncak dalam masa sekitar 1 jam 15 minit. Dalam hal ini trek dakian agak mudah berbanding Gunung Pulai memandangkan treknya 80 peratus adalah tanah. Selain itu, hampir 90 peratus laluan trek adalah redup kecuali di puncak Gunung yang mana korang akan terdedah kepada matahari sepenuhnya.
Trek ke puncak Gunung Baling
Dari segi kecuraman trek, adakalanya kecuraman boleh mencapai sehingga 60 darjah. Meskipun treknya tidak securam Gunung Pulai, namum treknya agak licin memandangkan ianya bertanah liat. Dalam hal ini korang perlu berhati-hati semasa melangkah bagi mengelakkan korang menggelunsur ke bawah.
Trek ke puncak Gunung Baling
Mengikut maklumat yang saya perolehi, kebanyakkan pendaki mendaki Gunung Baling adalah untuk melihat keindahan 'awan karpet'. Namun begitu, pemandangan ini tidak selalunya ada kecuali di hari-hari tertentu bergantung kepada nasib korang. Mengikut pengalaman, 'awam karpet' hanya kelihatan di awal pagi dan mula beransur hilang apabila matahari semakin meninggi. Dalam hal ini, pastikan korang tiba di puncak seawal yang mungkin atau sebelum matahari terbit.
Trek ke puncak Gunung Baling
Mengikut pengalaman saya, pemandangan 'awan karpet' cukup cantik. Dalam hal ini korang akan berada di atas awam seolah-olah seperti di dalam cerita di televisyen.
Cara saya ke Gunung Baling, Kedah
Reviewed by Lah Mohd
on
20:59:00
Rating:
No comments: