Kunjungan kali kedua ke air terjun di bulan April 2017
Sekiranya sebelum ini saya kongsikan pengalaman ke Air Terjun Perlus, kali ini saya kongsikan pengalaman ke Air Terjun Lata Bayu.
Untuk makluman korang, Air Terjun lata Bayu terletak di daerah Baling Kedah. Untuk ke sini korang boleh memandu dengan setkan waze ke lokasi "Latar Bayu".
Dari segi bayaran masuk dan bayaran parkir tidak dapat saya jelaskan. Ini kerana, semasa kunjungan ke Air Terjun Lata Bayu saya telah menyertai rombongan. Namun, mengikut pemerhatian saya tiada kaunter bayaran di disediakan seperti kawasan rekreasi lain.
Air Terjun Lata Bayu
Bagi korang yang mempunyai anak kecil korang tidak perlu risau. Ini kerana, kawasan air terjun sesuai untuk dijadikan tempat rekreasi bersama keluarga. Selain itu, jarak di antara kawasan parkir dan air cukup dekat. Dalam hal ini, korang tidak perlu mengendong anak kecil atau mengangkut barang bagi tempoh yang lama.
Memandangkan Air Terjun Lata Bayu merupakan kawasan rekreasi, jadi terdapat beberapa kemudahan awam yang disediakan. Antaranya adalah tandas, surau, pondok kecil dan kedai. Namun, semasa kunjungan saya air paip di surau dan tandas tidak berfungsi.
Sekiranya korang ingin menginap, di sekitar kawasan air terjun terdapat sebuah resort. Jaraknya mungkin sekitar 100 meter sahaja. Dalam hal ini korang boleh memilih untuk menginap di dorm atau bilik. Meskipun begitu dorm hanya dibuka untuk tempahan yang ramai sahaja. Manakala harga bilik yang ditawarkan adalah sekitar RM100 untuk satu malam.
Pengalaman ke Air Terjun Lata Bayu, Kedah
Reviewed by Lah Mohd
on
11:22:00
Rating:
No comments: