Cara saya ke Lata Medang, Pengalaman trekking March 2017 - Nothing to Somethings

Cara saya ke Lata Medang, Pengalaman trekking March 2017

Trip terakhir March 2017.

Sekiranya sebelum ini saya kongsikan trip ke Air Terjun Lepoh, kali ni saya kongsikan pengalaman ke Air Terjun Lata Medang. 

Jambatan ke Air Terjun Lata Medang

Untuk makluman korang, untuk ke Lata Medang korang perlu memandu menghala ke Kampung Pertak di Kuala Kubu Bharu. Sekiranya korang dari Kuala Lumpur, korang perlu memandu sekitar 1 jam 30 minit. Untuk ke sana korang mempunyai dua pilihan iaitu dengan menggunakan laluan Batang Kali atau Bukit Beruntung. 

Lata Medang
Trek Ke Air Terjun Lata Medang

Sebelum memasuki kawasan parkir Air Terjun Lata Medang, korang perlu melalui perkampungan orang asli. Manakala untuk memasuki kawasan parkir, korang akan dikenakan caj RM 1 seorang. Mengikut pemerhatian saya, kawasan parkir yang disediakan agak luas dan terjaga. 

Lata Medang
Trek Ke Air Terjun Lata Medang

Bagi korang yang tidak meminati aktiviti trekking/hiking korang boleh mandi di sekitar kawasan parkir. Meskipun begitu, untuk mendapatkan kawasan mandi yang cantik korang perlu berjalan sekitar 10-15 minit ke dalam hutan. 

Lata Medang
Air terjun sebelum sampai ke Lata Medang

Manakala, bagi korang yang meminati aktiviti trekking/hiking, untuk sampai ke Air Terjun Lata Medang korang perlu berjalan sekitar 1 1/2 - 2 jam. Bagi korang yang telah biasa dengan aktiviti mendaki, trek ke Air Terjun Lata Medang boleh dianggap senang, manakala bagi korang yang baru mula berjinak dengan aktiviti mendaki, treknya mungkin boleh dinggap sedikit mencabar. Ini kerana, adakalanya korang perlu mendaki cerun dengan kecerunan sekitar 45 darjah. 

Lata Medang
Air Terjun Lata Medang

Untuk makluman korang, semasa peringkat awal trek, laluannya sedikit mengelirukan. Ini kerana terdapat beberapa persimpangan. Sebagai petunjuk, korang perlu gunakan trek di sebelah kiri bagi setiap persimpangan kecuali trek kanan semasa korang bertemu persimpangan yang laluannya satu mendatar dan satu mendaki. Selain itu korang perlu abaian laluan yang digunakan oleh penduduk untuk ke kebun. Bagi memastikan korang berada di laluan yang betul, korang boleh berpandukan kepada tanda yang dibuat dengan lilitan plastik di batang atau dahan pokok. 

Lata Medang
Air Terjun Lata Medang

Sepanjang laluan korang akan mendengar deruan air terjun yang kuat. Untuk makluman korang, air terjun Lata Medang mempunyai beberapa peringkat. Untuk menikmati keindahan air terjun seperti gambar di bawah, korng perlu ke bahagian paling atas. Mengikut pemerhatian saya, kawasan air terjun masih terpelihara. Airnya cukup sejuk dan jernih. 

Lata Medang
Air Terjun Lata Medang

Bagi korang yang mempunyai anak kecil, melakukan trekking ke air terjun Lata Medang adalah tidak digalakkan. Namun begitu, korang boleh membawa mereka mandi di air terjun sekitar kawasan parkir yang jaraknya tidak terlalu jauh untuk korang berjalan. 

Cara saya ke Lata Medang, Pengalaman trekking March 2017 Cara saya ke Lata Medang, Pengalaman trekking March 2017 Reviewed by Lah Mohd on 22:22:00 Rating: 5

2 comments:

  1. kat sn ada toilet n tempat salin baju x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat salin baju ada. Tapi toilet rasanya takde

      Delete

Powered by Blogger.