Tidak dinafikan, kini dengan adanya tawaran tiket murah dari syarikat penerbangan korang sudah mampu untuk ke Langkawi dengan lebih cepat dan murah. Namun, memandangkan pada awal bulan tiga yang lalu saya telah menggunakan bas ke Langkawi, jadi dalam artikle ni saya kongsikan cara ke Langkawi dengan bas.
Kuala Perlis
Untuk makluman korang, untuk ke Langkawi dengan bas ianya cukup mudah. Korang boleh pilih sebarang laluan asalkan bas tersebut menuju ke Kuala Perlis. Dalam hal ini, pilihan jeti Kuala Perlis saya lakukan memandangkan jarak jeti dengan stesen bas sangat dekat. Untuk ke jeti korang tidak perlu menggunakan taksi bahkan korang hanya perlu berjalan kaki sahaja. Kedudukan stesen bas dengan jeti hanya terlindung oleh satu bangunan sahaja. Jika korang tidak pasti laluan ke jeti korang boleh bertanyakan kepada pemandu bas.
Pantai Cenang, Langkawi
Dari segi harga tiket bas, secara purata bagi laluan Kuala Lumpur - Kuala Perlis, harga yang dikenakan adalah sekitar RM50 sahaja. Harga ini berbeza bergantung kepada jenis bas yang korang pilih. Ada yang berharga sekitar RM47 dan ada yang berharga RM52. Untuk kepastian korang boleh buat semakan di laman web TBS atau terus ke kaunter tiket. Manakala, dari segi masa perjalanan, korang akan tiba di jeti Kuala Perlis selepas sekitar 6-7 jam berada di dalam bas. Dalam hal ini, disarankan untuk korang memilih jadual perjalanan bas pada sebelah malam.
Jeti Kuah, Langkawi
Memandangkan Langkawi dipisahkan oleh lautan, jadi setibanya di terminal feri Kuala Perlis korang perlu dapatkan tiket feri. Bagi dewasa harga yang dikenakan adalah RM18 sehala dan RM13 untuk kanak-kanak. Untuk makuman korang, feri dari Kuala Perlis ke Langkawi bergerak setiap jam. Feri pertama akan bergerak pada jam 7 pagi, manakala feri terakhir akan bergerak pada jam 7 malam. Sekiranya korang bercuti di waktu puncak, disarankan untuk korang membuat tempahan awal. Untuk membuat tempahan tiket feri korang boleh layari laman web 'Langkawi Ferry'.
Cara mudah ke Langkawi dengan Bas
Reviewed by Lah Mohd
on
10:57:00
Rating: