Pengalaman mendaki pertama tahun 2017. Walaupun hanya 2H1M, terpaksa menempuh masa dakian yang lama dan trek yang mencabar, semuanya rasa terbalas dan berbaloi selepas dapat menikmati udara segar dan pemandangan yang cantik.
Secara ringkasnya, Gunung Fakir Terbang terletak di Kedah dan berdekatan Tasik Pedu. Gunung ini memiliki ketinggian 1883 kaki atau 574 meter dari aras laut. Untuk mendaki korang perlu dapatkan pemandu arah. Sekiranya berminat korang boleh hubungi Khairi (019-408 9970) atau PakSu (011-5503 1956). Mereka merupakan pemandu arah dan orang yang sama saya gunakan semasa mendaki pada 28/1/2017.
Untuk makluman korang, peringkat dakian terbahagi kepada dua, iaitu:
1- Trek berbatu, berturap dan denai kecil
Trek ini korang perlu guna bermula dari kawasan parkir hingga ke kaki gunung. Jarak trek adalah sekitar 2 km. Walaupun agak jauh, treknya adalah landai seperti jalan biasa yang mana tidak memerlukan tenaga yang banyak.
2- Trek yang curam
Trek dakian curam bermula dari kaki gunung hingga ke puncak. Dakian peringkat ini agak mencabar kerana korang perlu melalui lereng gunung yang curam dan berbatu. Boleh dikatakan hanya 10% trek dakian mendatar.
Gunung Fakir Terbang - Trek curam
Untuk sampai ke puncak masa sekitar 6 jam diperlukan. Memandangkan Gunung Fakir Terbang terletak berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand, jadi korang boleh menikmati pemandangan dari dua negara. Dengan berlatar belakangkan tasik, bukit, dan awam membiru, saya pasti korang akan terpesona dengan keindahannya.
Pada sebelah malam korang boleh lakukan aktiviri bebas asalkan korang tidak memantulkan sebarang cahaya ke arah negara jiran Thailand. Ini kerana, sekiranya korang memantulkan cahaya dikhuatiri akan menggangu atau menarik perhatian askar Thailand ke lokasi korang.
Keadaan di puncak Gunung Fakir Terbang sangat selesa. Korang boleh menikmati sinaran bintang dan bulan tanpa ganguan cahaya buatan (seperti lampu) atau dedaun pokok memandangkan di puncak gunung tiada pepohon tinggi. Suhunya pula sejuk yang mana memerlukan korang membawa pakaian tebal untuk keselesaan. Penggunaan 'sleeping bag' amat di disarankan memandangkan suhu menjadi lebih sejuk di tengah malam ke pagi.
Gunung Fakir Terbang
Memandangkan trip dakian hanya 2H1M, keesokkannya selepas menikmati keindahan 'sunrise' dan sarapan kami terus berkmas untuk turun. Sebagai kenangan, sebelum turun kami bergambar bersama. Tepat jam 10 pagi pagi memulakan langkah untuk pulang. Kami tiba di parkir kereta jam 1.45 petang. Masa untuk turun lebih singkat memandangkan kami menggunakan laluan lain.
Gunung Fakir Terbang
Cara saya ke Gunung Fakir Terbang, Kedah
Reviewed by Lah Mohd
on
11:42:00
Rating: