Pengalaman bermotosikal ke Phuket - Nothing to Somethings

Pengalaman bermotosikal ke Phuket


Bermotosikal ke Phuket mungkin kedengaran agak janggal bagi sesetengah orang, tapi tidak bagi saya. Meskipun badan letih, tapi bagi saya ia cukup memberi kepuasan. Mana tidaknya saya perlu menunggang motosikal lebih dari 10 jam dengan jarak lebih 700 km (Lumut - Phuket). Untuk makluman korang, trip ini saya rancang sendiri bersama 7 kenalan.


Sepanjang di sana saya tidak mengalami sebarang masalah untuk membawa motosikal. Ini kerana keadaan jalannya hampir sama dengan Malaysia. Dari segi penggunaan minyak, tidak kurang dari 5 kali untuk saya berhenti mengisi.

Meskipun korang boleh ke Thailand dengan kenderaan sendiri, namum mengikut apa yang saya tahu semua pelancong dari Malaysia yang ingin masuk ke Thailand dengan kenderaan wajib memiliki insurans kenderaan di Thailand. Untuk membeli insuran korang boleh menggunakan khidmat agen. Sekiranya korang ingin ke Phuket dari Bukit Kayu Hitam korang boleh dapatkan insurans di Changlun. Selepas membeli insurans dan mengisi beberapa borang berkait, korang boleh terus ke pintu sempadan.

Memandangkan saya tidak arif tentang jalan ke Phuket, jadi untuk ke sana saya hanya berpandukan kepada peta di handphone sahaja. Untuk mendapatkan jaringan internet korang perlulah membeli simkad disana.


Memandangkan trip ini adalah trip santai, segala hal berkait dengan penginapan dan aktiviti menarik langsung tidak saya rangcang. Segalanya saya putuskan disana. Dalam hal ini, meskipun saya hanya walk-in, harga hotel yang ditawarkan adalah mampu milik. Manakala dari segi kunjungan ke tempat menarik, saya hanya ikut gerakan hati sahaja. Antara tempat yang saya kunjungi adalah Phi Phi Island dengan menggunakan pakej yang ditawarkan oleh hotel dengan harga THB1500.

Pengalaman bermotosikal ke Phuket Pengalaman bermotosikal ke Phuket Reviewed by Lah Mohd on 20:31:00 Rating: 5
Powered by Blogger.