Cara saya ke Gunung Irau Cameron Highlands - Nothing to Somethings

Cara saya ke Gunung Irau Cameron Highlands

Sedar tak sedar rupanya dah 7 hari 2016 berlalu. Tapi rasanya masih belum terlambat untuk saya kongsikan pengalaman mendaki Gunung Irau Cameron Highland. Dakian ni saya lakukan pada 01.10.16 yang lalu. Untuk makluman korang, Gunung Irau turut dikenali sebagai 'mossy forest'. Mengikut amatan saya, Gunung Irau amat lah cantik.

Gunung Irau
Gunung Irau

Sekiranya sebelum ni, saya uruskan sendiri semua urusan mendaki Gunung Stong, namum dakian kali ni sedikit berbeza kerana saya menggunakan pakej. Walaupun menggunakan pakej, harga yang ditawarkan tidak lah mahal iaitu serendah RM85 seorang. Pakej ni adalah untuk 'daytrip'. Sekiranya berminat korang boleh hubungi Razif - .017 627 6596.

Bagi saya, dakian ini antara dakian yang menyeronokkan yang pernah saya sertai. Ini kerana jumlah peserta adalah ramai iaitu 96 orang. Selain mendaki untuk melihat keindahan alam saya turut mendapat kenalan baru.


Disebabkan dakian ini adalah 'daytrip' jadi peserta perlu berkumpul seawal jam 4 pagi bagi membolehkan dakian dilakukan awal dan habis sebelum malam. Sebelum memulakan dakian korang akan diberi taklimat ringkas tentang dakian bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Memandangkan jumlah peserta terlalu ramai, jadi pihak penganjur telah membahagikan peserta kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama bergerak sekitar jam 5 pagi manakala kumpulan seterusnya bergerak selang sejam iaitu pukul 6 dan 7 pagi. Dalam hal ini, setiap kumpulan mempunyai jumlah peserta sekitar 30 orang sahaja.

Dari tempat berkumpul ke 'mossy forest' kami dibawa dengan menaiki kenderaan 4x4 yang mana melalui jalan yang berbukit. Untuk sampai ke puncak korang perlu berjalan sekitar 2 jam dengan melalui denai atau yang licin dan berlumut. 

Selepas berehat dan mengalas perut dengan bekal makanan yang dibawa kami bergerak turun. Setelah tiba di tapak permulaan kami bergambar sebagai kenangan. 

Gunung Irau
Gunung Irau

Selesai..
Cara saya ke Gunung Irau Cameron Highlands Cara saya ke Gunung Irau Cameron Highlands Reviewed by Lah Mohd on 09:01:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.