Senarai biasiswa di Malaysia - Nothing to Somethings

Senarai biasiswa di Malaysia

Biasiswa Vs Pinjaman!!!


Secara ringkasnya, biasiswa merujuk bantuan kewangan yang biasanya diberikan kepada pelajar cemerlang untuk menyambung pengajian. Dalam hal ini, anda akan ditaja sehingga anda tamat pengajian tanpa anda perlu membuat bayaran balik keatas semua wang yang dibelanjakan.

Manakala, berbeza dengan pinjaman pelajaran (seperti PTPTN), walaupun fungsinya adalah untuk membantu sumber kewangan, anda perlu membuat bayaran balik selepas anda tamat belajar melainkan anda lulus cemerlang. Dalam hal ini, pinjaman anda akan ditukar kepada biasiswa sekiranya anda memperolehi keputusan "First Class" iaitu dengan CGPA 3.75 dan ketas.

Dari segi tarikh permohonan, biasanya permohonan dibuka sekitar januari hingga June setiap tahun. Tempoh permohonan adalah berbeza bagi setiap ketegori biasiswa. Selain itu, ada sesetengah biasiswa yang hanya menaja bidang-bidang tertentu sahaja

Untuk makluman anda juga, syarat permohon biasiswa adalah berbeza bagi setiap peringkat pengajian dan jenis biasiswa yang ditawarkan. Untuk memudahkan anda, berikut saya senaraikan jenis biasiswa mengikut peringkat pengajian iaitu "undergraduate" (lepasan SPM dan STPM) dan "pastgraduate" (Master dan PhD). 

Senarai biasiswa di Malaysia untuk:

1- Lepasan SPM dan STPM
i- JPA
ii- Bank Negara Malaysia
iii- UEM
iv- PNB
v- PETRONAS
vi- Yayasan Tenaga National
vii- Yayasan Telekom Malaysia
viii- Sime Darby
ix- Maybank
x- Khazanah
xi- PIDM
xii- Tunku Abdul Rahman
xii- MARA
xiv- GAMUDA
vx- Bursa Malaysia
xvi- Agrobank
xvii- Hong Leong
xviii- MREPC
xix- Maxis
xx- Putrajaya Perdana Berhad
xxi- JPA-MARA
xxii- ASTRO


2- Sambung Master dan PhD
i- MyBrain/ MyMaster/ MyPhD
ii- MARA
iii- JPA
ix- SLAI/ SLAB

Selain daripada senarai diatas anda juga boleh mencuba biasiswa yang ditawarkan oleh negara lain. Biasanya setiap negara ada menawarkan biasiswa untuk pelajar antarabangsa. Dalam hal ini anda perlu menyambung pengajian di negara mereka. Contohnya:
i- Korean Government Scholarship
ii- Japanese Government Scholarship
iii- Commonwealth Scholarship
iv- New Zealand Government Scholarship
v- Australia Government Scholarship

Memandangkan organisasi/agenci yang menawarkan biasiswa terlalu banyak, jadi anda perlu rajin mencarinya. Senarai di atas hanya sebahagian organisasi/agenci yang mampu saya senaraikan.

Sekiranya anda berminat dengan biasiswa pastikan anda sentiasa membuat semakan dan menyimpan takikh-tarikh penting permohonan biasiswa. Ini kerana, tempoh masa untuk membuat permohonan biasanyan dibuka tidak lama.

Senarai biasiswa di Malaysia Senarai biasiswa di Malaysia Reviewed by Lah Mohd on 19:47:00 Rating: 5
Powered by Blogger.