Tempat menarik di Utara Bali - sewa kereta + supir (Part 5) - Nothing to Somethings

Tempat menarik di Utara Bali - sewa kereta + supir (Part 5)

Hari ke-4.

Plan hari ni saya akan ke bahagian utara Bali. Tepat jam 9, supir sampai dan terus kami menuju ke Utara Bali. Lokasi pertama saya kunjungi adalah Pura Taman Ayun. Masa saya sampai tersangat lah ramai polis. Mengikut maklumat yang diperolehi, akan ada lawatan dari VVIP. Jadi saya perlu berjalan dengan cepat sebelum ketibaan VVIP. Untuk makluman korang, Pura Taman Ayun merupakan kawasan temple. Disekitarnya terdapat taman yang cantik. 

Pura Taman Ayun
Pura Taman Ayun

Lokasi seterusnya saya ke Danau Beratan Bedugul. Wpun namanya danau tapi ia merupakan kawasan temple. Sama seperti di Pura Taman Ayun, polisnya tersangat ramai. Sebelum masuk, kereta diperiksa bagi mengesan sebarag barang terlarang. Untuk makluman korang, pemandangan di sekitar tasik sangatlah cantik. Airnya jernih berlatar belakangkan gunung. 

Danau Beratan Bedugul
Danau Beratan Bedugul

Selepas ke Danau Beratan Bedugul saya singgah di Pasar Candi Kuning. Jaraknya dari danau beratan tidak jauh.Sekitar 5-10 minit dengan kereta. W/pun namanya candi, ia bukan lah temple tapi merupakan pasar yang menjual pelbagai aneka buah, kain dan sebagainya. Mengikut maklumat yang saya perolehi dari supir, kebanyakkan peniaga yang menjual di sini adalah beragama islam dan sekitar pasar ni juga terdapat masjid. 

Pasar Candi Kuning
Pasar Candi Kuning

Disebabkan tema trip kali ni adalah pantai, maka sebelum matahari terbenam saya ke Tanah Lot. Plannya adalah untuk melihat sunset. Tapi nasib sedikit malang sebab masa saya sampai keadaan cuaca tak berapa elok. Jadi tak dapatlah nak tengok sunset. W/pun pada masa lawatan saya ada persembahan tarian, tapi saya pergi tengok pun sebab tak minat + mahal. Kalau korang nak cuba kopi luwak, korang boleh ke bahagian restoran. Harga yang ditawarkan IDR25,000 secawan. Nanti korang boleh belai musang yang dibela oleh pemilik kedai sambil menikmati kopi. 

Tanah Lot
Tanah Lot

Destinasi terakhir saya kunjungi pada hari terakhir adalah pusat membeli-belah Agung. Untuk makluman korang, sekiranya korang nak beli barangan dengan harga yang murah tapi korang tak pandai menawar korang boleh ke Agung. Harga yang ditawarkan adalah harga tetap tetapi berpatutan. Jadi korang dah tak perlu risau ditipu oleh penjual. Antara barangan yang ditawarkan termasuklah t-shirt,kain batik, kain pelekat, cenderahati dan lain-lain. Mengikut pengamatan saya, dalam satu bangunan korang boleh dapatkan semua barangan yang korang nak kecuali barangan basah.

Bahagian dalam Agong

Bersambung....

Percutian budget ke Lombok dan Bali


Tempat menarik di Utara Bali - sewa kereta + supir (Part 5) Tempat menarik di Utara Bali - sewa kereta + supir (Part 5) Reviewed by Lah Mohd on 16:58:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.