Tempat menarik di Timur Bali - sewa kereta + supir (Part 4) - Nothing to Somethings

Tempat menarik di Timur Bali - sewa kereta + supir (Part 4)

Hari ketiga

Disebabkan semalam saya sampai lewat, jadi hari ni pagi-pagi lagi saya dah bangun untuk je jeti Padang Bai. Plannya adalah untuk meneroka keindahan sekitar jeti Padang Bai. Tapi malangnya takde apa yang menarik kecuali pemandangan bot dan kapal-kapal di jeti.

Jeti Padang Bai

Seperti di janjikan, tepat pukul 9.00 pagi kereta yang saya sewa dari Malaysia sampai ke hotel. Plan hari ni adalah untuk meneroka keindahan Timur bali. Untuk makluman korang, sepanjang di Bali saya menggunakan khidmat sewa kereta dari Yanto (+6281236540997). Service agak ok, menepati masa. Kos untuk 3 hari adalah IDR1,130,000. Secara purata sewa kereta + supir adalah IDR350,00/ day. Tapi disebabkan hari pertama saya mulakan perjalanan dari Padang Bai maka kos hari pertama IDR430,000 selepas diskaun.

Untuk makluman korang, kalau korang tak sewa kereta korang tak perlu risau. Ini kerana banyak pihak yang menawarkan perkhidmatan transfer di jeti Padang Bai.

Lepas masukkan barang ke kereta, lokasi pertama saya tuju adalah galeri lukisan di Ubud. Lukisan sungguh cantik dan harganya pun memang cantik. Harga yang ditawarkan boleh mencecah puluhan ribu. Tapi malangnya kawasan galeri merupakan kawasan larangan mengambil gambar, jadi tiada gambar yang boleh dikongsi.

Lokasi seterusnya saya ke Sari Amerta. Untuk makluman korang Sari Amerta merupakan tempat perusahaan batik. Harga yang ditawarkan adalah harga mati. W/pun cantik tapi harganya agak mahal. huhuhuhu.

Seterusnya saya ke tempat perusahaan kopi Luwak atau kopi Musang (Nak tau tentang cara pembuatan korang boleh google sendiri. hehehehhe). Masuk adalah percuma. Semasa lawatan korang akan diberikan penerangan tentang cara penghasilan kopi dan dihidangkan dengan 8 jenis kopi untuk dirasa secara percuma. Tapi kalau korang nak cuba kopi Luwak korang perlu bayar IDR50,000 secawan.

Jenis kopi

Selesai menikmati kopi secara percuma terus saya ke Danau Batur Kintamani untuk menikmati pemandangan gunung sambil menikmati makan tengah hari. Konsep yang ditawarkan adalah buffet. Harganya sekitar IDR200,000 seorang. Korang boleh makan puas-puas sambil menikmati pemandangan gunung yang cantik. Yang bestnya tiap kali pinggan korang kosong pelayan restoran akan suruh korang tambah. hahahhaha. Pinggan pula akan sentiasa ditukar tanpa perlu korang minta.

Danau Batur Kintamani

Selesai makan tengah hari saya terus ke Tegallalang Rice Terace untuk menikmati keindahan padi yang ditanam di lereng bukit. Pemandangannya memang cukup cantik. Harga masuk adalah sekitar IDR10,000 seorang. Tapi yang tak menariknya tiap kali korang melepasi pondok kecil dalam kawasan bendang korang perlu membuat bayaran tambahan. W/pun ditulis derma seiklas hati, tapi korang wajib bayar. Kalau korang tak bayar korang tak boleh masuk kawasan mereka. Jadi korang perlu ingat laluan yang korang dah lalu.

Lokasi seterusnya saya plan ke Monkey Forest Ubud. Tapi malangnya saya sampai agak lewat jadi saya hanya bermain dengan monyet di pintu masuk sahaja. Sebelum balik saya singgah ke Ayam Penyet Wong Solo untuk menikmati makan malam.

Untuk makluman korang sepanjang di Bali saya menginap di Pesona Beach Inn di daerah pantai Kuta. Biliknya agak selesa dan dilengkapi dengan tab mandi dan pemanas air. Tapi pastikan korang menyewa bilik berhawa dingin sebab takut nanti korang tak selesa sewa bilik berkipas. Untuk makluman korang bilik berkipas sangat panas. Saya sendiri terpaksa upgrade ke bilik beraircond.


Bersambung...

Percutian budget ke Lombok dan Bali


Tempat menarik di Timur Bali - sewa kereta + supir (Part 4) Tempat menarik di Timur Bali -  sewa kereta + supir (Part 4) Reviewed by Lah Mohd on 21:25:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.