Tempat menarik di Lombok - Sewa kereta + supir (Part 2) - Nothing to Somethings

Tempat menarik di Lombok - Sewa kereta + supir (Part 2)


Hari kedua di Gili Trawangan.

Pagi-pagi lagi saya dah bangun untuk melihat sunrise. Lepas subuh terus saya ambil basikal untuk menuju ke jeti. Untuk makluman korang, walaupun masih pagi, sudah ramai penduduk sekitar yang telah memulakan aktiviti harian mereka. Pamandangan sunrise di Gili Trawangan cukup cantik. Kalau korang tengok di depan mata mesti korang rasa tak mahu balik Malaysia. hehehe

Gili Trawangan
Gili Trawangan

Disebabkan plan hari ni saya nak ke Lombok, maka sekitar jam 8 terus saya check-out dan menuju ke jeti. Tapi masalahnya bot laju awam hanya bergerak sekitar 9 pagi. Jadi saya terpaksa menggunakan bot awam dengan bayaran IDR15,000 seorang. Bot ni saya terpaksa guna sebab dah janji dengan pemandu untuk jumpa jam 9 di jeti Bangsal. Untuk makluman korang, kalau nak guna bot awam korang boleh terus ke kaunter tiket sebab nanti akan ada ramai yang cuba menawarkan tiket kepada korang. Jadi kalau beli di kaunter korang akan lebih yakin dan selamat.

Untuk makluman korang, bot akan bergerak bila jumlah penumpang dah penuh. Keadaan bot agak bergoyang bila terlanggar ombak.

......................................

Selesai masukkan barang ke kereta kami terus menuju Selatan Lombok dengan tujuan untuk meneroka keindahan pantai. Plan asal nak ke Gunung Rinjani. Tapi disebabkan kami kesuntukan masa, maka plan ke Gunung Rinjani kami batalkan. Perjalanan ke Selatan Lombok memakan masa sekitar 3 jam. Disebabkan kami kesuntukan masa, hanya beberapa tempat sahaja yang dikunjungi seperti Tanjung Ann, Bukit Meresek, Pantai Kuta, Dusun Sade dan Selong Belanak sahaja.

Tapi sebelum korang ke pantai-pantai ni pastikan korang pakai sunblock tebal-tebal sebab keadaan di pantai ni sangat panas. Kalau korang tak pakai takut nanti balik Malaysia kawan tak kenal pula, hehehhe

Bukit Meresek
Bukit Meresek

Bukit Meresek
Bukit Meresek

Bukit Meresek
Bukit Meresek

Bukit Meresek
Bukit Meresek

Sekiranya percutian korang panjang korang boleh plan untuk ke Tanjung Ringgit, Pantai Tangsi, Pantai Pink, Tanjung Bloam, Pantai Seger, Batu Payung, Pantai Semeti, Pantai Nambung, Pantai Mawun dan Bangko-Bangko.

Bersambung.....


Untuk melihat gambar menarik, sila like page facebook OhVacay.Com

Part 1: Lombok - Gili Trawangan
Part 2: Lombok - Kepulauan Lombok - Sewa kereta + supir
Part 3: Cara ke Bali dari Lombok
Part 4: Bali - Tempat menarik di Timur Bali -  Sewa kereta + supir
Part 5: Bali - Tempat menarik di Utara Bali - Sewa kereta + supir
Part 6: Bali - Tempat menarik di Selatan Bali - Sewa kereta + supir

Tempat menarik di Lombok - Sewa kereta + supir (Part 2) Tempat menarik di Lombok - Sewa kereta + supir (Part 2) Reviewed by Lah Mohd on 18:58:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.