Tempat menarik di Gili Trawangan, Lombok (Part 1) - Nothing to Somethings

Tempat menarik di Gili Trawangan, Lombok (Part 1)

Alamak, mood bercuti datang lagi. hehehe

Setelah hampir 10 bulan passport diperam akhirnya terguna juga. Kali terakhir saya gunakan passport adalah pada bulan 2 iaitu semasa ke Ho Chi Minh, Vietnam. Sebenarnya plan asal nak ke Singapore, tapi selepas di ambil kira beberapa faktor, akhirnya Lombok juga menjadi pilihan hati.

Tiket ni saya beli masa promosi Merdeka AirAsia. Jadi dapat la dalam RM400 seorang (Kul-Lombok & Bali-Kul). W/pun agak mahal, hati tetap berkeras nak juga ke Lombok disebabkan mata telah terpukau dengan keindahan gambar yang dikongsi oleh blogger lain. Thanks semua rakan blogger yang kongsikan gambar korang. Memang awesome.

Perjalanan dari KL ke Lombok agak lama iaitu sekitar 3 jam. Agak jauh berbanding ke Bandung. Sepanjang penerbangan tiada sebarang hiburan boleh di buat kecuali mengisi borang declare.

Sebelum terlupa, sepanjang bercuti di Lombok saya gunakan khidmat sewa kereta + supir (Bang Dedy: +6281805228292). Secara puratanya, harga sewa kereta + supir (full day tour) di Lombok agak mahal jika dibandingkan dengan Bali iaitu sekitar IDR 500,000/day. Airport transfer pula sekitar IDR400,000 dari airport ke Bangsal. Tapi alang-alang dah sewa IDR400,000 saya manfaatkan untuk ke beberapa tempat menarik lain yang satu hala ke Bangsal.

Catatan; Harga sewa tidak termasuk parking kereta

............................................

Selepas selesai je urusan imegresen terus saya mencari supir. Lokasi seterusnya yang bakal saya tuju adalah jeti Bangsal untuk ke Gili Trawangan. Perjalan ke jeti agak jauh iaitu sekitar 2 jam. Tapi sebelum ke jeti ada beberapa tempat saya singgah, antaranya Sengigi dan Mataram.

Mengikut pengamatan saya, Lombok tidak sesibuk Bandung dan Bali. Kenderaan masih tidak banyak. 

Lombok
Lombok

Untuk makluman korang, untuk ke Gili Trawangan ada 3 cara sama ada menggunakan bot awam, bot laju awam atau private bot. Disebabkan nak jimat, saya guna bot laju awam dan bot awam sahaja. Sekiranya korang menggunakan bot awam,perjalan dari pelabuhan ke Gili Trawangan adalah sekitar 45 minit - 1 jam dengan bayaran IDR15,000. Kalau korang nak sampai lebih cepat dan murah korang boleh gunakan bot laju awam dengan bayaran IDR100,000 seorang dengan masa perjalanan sekitar 20-30 minit.

Tapi kalau korang ada budget lebih dan inginkan keselesaan korang boleh gunakan private bot dengan harga sekitar IDR400,000 - IDR500,000 sehala untuk satu speed boat dan masa perjalanan sekitar 15 minit.

.......................................

Lepas jejakkan kaki terus saya mencari hotel untuk check-in. Selesaikan apa yang patut terus saya mulakan misi meneroka keindahan Gili Trawangan.

Gili Trawangan
Gili Trawangan

Disebabkan di pulau/ Gili Trawangan ni tiada kenderaan berenjin, jadi untuk meneroka keindahannya hanya ada tiga cara sama ada menggunakan kereta kuda, berbasikal atau berjalan kaki. Setelah berunding harga, maka basikal menjadi pilihan saya dengan harga IDR50,000 untuk 12 jam (sewa dengan hotel).

Untuk makluman korang, sekiranya korang berbasikal korang boleh habiskan satu pusingan dalam masa 1 jam sahaja. Tapi kalau korang berjalan korang memerlukan masa sekitar 2 jam. 

Gili Trawangan
Gili Trawangan

Sekiranya korang ke Gili Trawangan pastikan korang ke Sunset Beach, dan Ayunan ombak untuk melihat sunset. Bagi mendapatkan makanan yang murah korang boleh mendapatkannya di pasar malam sekitar jeti. 


Bersambung....


Untuk melihat gambar menarik, sila like page facebook OhVacay.Com


Tempat menarik di Gili Trawangan, Lombok (Part 1) Tempat menarik di Gili Trawangan, Lombok (Part 1) Reviewed by Lah Mohd on 21:49:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.