Cara ke Bali dari Lombok / Cara ke Lombok dari Bali (Part 3) - Nothing to Somethings

Cara ke Bali dari Lombok / Cara ke Lombok dari Bali (Part 3)

Masih hari kedua.

Selesai je menikmati pemandangan pantai di Selatan Lombok saya terus ke Jeti Lembar. Plannya adalah untuk menikmati sunset sambil belayar dengan feri. Tapi nasib saya sedikit malang sebab saya terlepas feri jam 5. Feri tu betul-betul bergerak depan saya. Kalau saya sampai 15minit awal rasanya masih sempat untuk saya naik feri tu. huhuhu. Jadi takde la gambar yang boleh saya kongsikan. Yang ada hanya pemandangan laut yang gelap. huhuhuhuhu

Disebabkan saya terlepas feri jam 5, jadi saya sampai di Padang Bai agak lewat. Banyak kedai yang telah tutup. Jadi pada malamnya terpaksa la saya berpuasa. huhuhuhu

Untuk makluman kornag, di Padang Bai saya menginap di Bagus Homestay. Perjalan dari jeti ke hotel adalah sekitar 10 minit dengan berjalan kaki.

Jadi kalau korang plan nak tengok sunset sambil belayar dengan feri pastikan korang sampai jeti sebelum jam 5. Kalau tak korang memang akan menyesal.

Feri Lembar-Padang Bai

Untuk makluman korang, untuk ke Bali dari Lombok, atau ke Lombok dari Bali, korang ada dua pilihan sama ada menggunakan jalan udara atau jalan air. 

Sekiranya korang nak gunakan jalan air, terdapat 2 cara iaitu menggunakan speadboot atau feri biasa. Harga speadboot sekitar IDR400,000 dan keatas seorang bergantung kepada jenis bot dan lokasi korang naik/turun di Bali atau Lombok. Manakala, kalau korang nak guna feri harga tiket adalah IDRR40,000 dan masa perjalanan sekitar 4-5 jam. Untuk ke Bali dengan menggunakan feri korang perlu ke jeli Lembar. Route perjalanan adalah Lembar - Padang Bai.

Feri Lembar-Padang Bai

Bersambung..


Untuk melihat gambar menarik, sila like page facebook OhVacay.Com

Cara ke Bali dari Lombok / Cara ke Lombok dari Bali (Part 3) Cara ke Bali dari Lombok / Cara ke Lombok dari Bali (Part 3) Reviewed by Lah Mohd on 15:50:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.