Tempat tukaran duit termurah di Kuala Lumpur - Nothing to Somethings

Tempat tukaran duit termurah di Kuala Lumpur


Membuat tukaran duit merupakan antara perkara terpenting sebelum memulakan percutian ke luar negara. Namun, mungkin ramai yang buntu untuk mencari lokasi terbaik untuk membuat tukaran duit. Ini kerana, harga yang ditawarkan adalah berbeza-beza mengikut lokasi. Kebiasaannya harga yang ditawarkan agak tinggi bagi kawasan yang kurang persaingan (sesama money changer) dan rendah bagi kawasan yang banyak persaingan. 


Namun, bagi saya lokasi terbaik untuk menukar duit ialah di NU Sentral Kuala Lumpur. Ini kerana selepas membuat perbandingan dengan beberapa lokasi seperti Mid Valley, KL Sentral dan jalan Chowkit, harga yang ditawarkan oleh "Money Changer" di NU Sentral adalah yang terendah. Setakat ni dah dua kali saya membuat tukaran duit di NU Sentral. Satu untuk ke Vietnam dan satu untuk ke Indonesia. 

Untuk makluman korang di NU Sentral terdapat tiga lokasi "money changer". Dua daripadanya berada berdekatan dengan mesin ATM dan kedai buah. Satu daripadanya berada berdekatan dengan kedai perhiasan (kedai emas di bahagian tengah). Kesemua lokasi "money changer" ni korang akan jumpa bila korang ke aras paling bawah. Kebiasaannya harga yang ditawarkan oleh ketiga-tiga money changer ni berbeza-beza, jadi korang perlu bandingkan sebelum membuat tukaran. 

Bagi mereka yang belum biasa, untuk membuat tukaran duit Malaysia ke matawang asing korang perlu rujuk kepada nilai yang di jual (we sell). Maksud nilai dijual ialah bank bertindak sebagai penjual dan korang sebagai pembeli. Manakala nilai dibeli bermaksud korang penjual dan bank sebagai pembeli kepada wang yang korang ingin jual. 

Ringkasnya:
Nilai dijual (we sell) - Tukaran ringgit kepada matawang asing
Nilai dibeli (we buy) - Tukaran matawang asing kepada ringgit


Tempat tukaran duit termurah di Kuala Lumpur Tempat tukaran duit termurah di Kuala Lumpur Reviewed by Lah Mohd on 12:35:00 Rating: 5
Powered by Blogger.