Kellie's Castle - Menyingkap keunikan dan misteri bangunan lama - Nothing to Somethings

Kellie's Castle - Menyingkap keunikan dan misteri bangunan lama


Kunjungan tidak dirancang tahun 2016. Tujuan asal hanya untuk ke Pulau Pangkor. Tapi disebabkan dah terlanjur sampai ke Perak, maka tersenarailah Kellie's castle sebagai tempat yang harus dilawati.

Untuk ke Kellie's castle tak susah pun. Kedudukan istana ni berada betul-betul di tepi jalan. Kalau korang gunakan jalan Gopeng korang mesti boleh nampak istana ni di sebelah kanan kalau dari Batu Gajah dan sebelah kiri kalau dari Simpang Pulai atau Gopeng. Untuk makluman korang, Kellie's castle merupakan antara tempat pelancongan yang tersenarai di bawah kementerian pelancongan Malaysia.  Jadi rugilah kalau korang tak pergi kan.

Dari jauh dah kelihatan Kellie's castle, cukup unik. W/pun bangunan ni dah lama dibina, strukturnya masih kukuh dan cantik. Dari bacaan, banyak kisah misteri atau mistik yang diceritakan. Antaranya terlihat kelibat William Kellie Smith dan anaknya.

Kellie's castle
Kellie's castle


Secara ringkasnya Kellie's castle merupakan bangunan yang di bina sebagai lambang cinta dan dimiliki oleh warga eropah. Menurut sejarah Kellie's castle di bina oleh Willian Kellie Smith kepada isterinya Agnes. Pembinaan bangunan ni bermula sekitar tahun 1915 dan terbengkalai selepas kematian William Kellie Smith pada tahun 1926. Bahan binaan yang digunakan cukup unik, antaranya putih telur, gula merah dan madu. Menurut bacaan, w/pun kematian William Kellie Smith telah lama, kelibatnya masih kelihatan dalam bangunan tersebut.

Untuk maklumat lanjut rasanya korang wajib kunjunginya sendiri. Bangunannya cukup cantik dan unik.

Selamat bercuti.


Kellie's Castle - Menyingkap keunikan dan misteri bangunan lama Kellie's Castle - Menyingkap keunikan dan misteri bangunan lama Reviewed by Lah Mohd on 21:07:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.