Pemandangan yang cukup cantik. Berbeza rasanya mendaki kali ni (2016) berbanding waktu program motavasi sekolah sekitar tahun 2002 dulu. Kalau dulu matlamat hanya mahu habiskan trek pendakian secepat yang mungkin tanpa menghiraukan aktiviti selfie, tapi kini matlamat adalah berbeza iaitu mendaki untuk melihat sunrise dan menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Mana tidaknya, masa program motivasi dulu kami perlu melangkah/berjalan dari Damai Beach Resort ke Bukit Keluang dan perlu patah balik ke Damai Beach Resort.
Kalau dibandingkan dakian dulu dan kini, rasanya dakian kali ni lebih cepat dan mudah sebab banyak kemudahan telah ditambah baik seperti kemudahan trek bertangga simen dan sebagainya. Cuma tenaga orang berumur tidak sehebat tenaga semasa muda remaja dulu. hehehe
Selepas gigih menapak anak tangga akhirnya sampai juga, sekali pandang, pemandangan di puncak Bikut Keluang tak ubah seperti berada di luar negara. Sungguh cantik dan mendamaikan. Hilang rasanya penat mendaki bila lihat pemandangan ciptaan-Nya.
Selain pemandangan puncak yang cantik, korang juga akan dihidangkan dengan pemandangan di kaki bukit yang cantik. Masa air surut korang boleh menyusuri laluan di tepi batu. Tapi masa air pasang korang perlu guna laluan yang disediakan.
Tetiba terasa menyesal sebab tidak ada sekeping pun koleksi gambar kenangan masa aktiviti mendaki tahun 2002. Kalau tak boleh saya bandingkan gambar dulu dan kini. Maklum lah waktu tu tidak ramai lagi pelajar yang mampu memiliki smart phone atau kamera termasuk saya sendiri. Kalau nak bergambar hanya tumpang kamera kawan. Tetiba teringat zaman sekolah yang cukup meriah dengan hilai tawa, bebas tanpa perlu fikirkan kerja. hehehe
Sebelum terlupa, untuk ke Bukit Keluang tak susah pun. Korang boleh tengok "singboard". Kalau korang pandu kereta, perjalan ke sini dari jeti Kuala Besut sekitar 10-15 minit.
Selesai.
Bukit Keluang Besut Terengganu - Mengimbau kenangan mendaki tahun 2002
Reviewed by Lah Mohd
on
22:30:00
Rating:
No comments: