Cara ke KLIA2 dan KLIA dengan pengangkutan awam - Nothing to Somethings

Cara ke KLIA2 dan KLIA dengan pengangkutan awam

Makin hari makin mudah urusan harian. Dari perjalan yang lama untuk balik kampung atau bercuti, kini masa perjalanan dapat disingkatkan dengan adanya pelbagai kemudahan antaranya kapal terbang. Harga tiket boleh dikatakan mampu milik kerana ada kalanya lebih murah daripada tiket bas. Tapi adakah korang tahu, untuk ke airport juga ada cara yang murah?
Klia Express, Klia Express, Klia Express, Klia Express,
Sebenarnya untuk ke airport korang tidak perlu bergantung kepada taksi atau KLIA express semata-mata. Ini kerana terdapat pelbagai cara yang murah untuk ke KLIA/KLIA2. Antaranya dengan KLIA transit, bas dan uber/ Grabcar. Jadi, dalam artikle ni saya kongsikan senarai pilihan yang korang boleh pilih untuk ke KLIA/KLIA2.

KLIA
KLIA


Cara ke KLIA/ KLIA2 dengan pengangkutan awam

1- KLIA express Klia Express, Klia Express, Klia Express, Klia Express,

Merupakan cara paling cepat ke KLIA/KLIA2. Anggaran masa perjalanan sekitar 28 minit (KL Sentral - KLIA) dan 33 minit (KL Sentral - KLIA2). Tapi route perjalanan hanya tersedia dari KL Sentral - KLIA/KLIA2 - KL Sentral. Tambang pula agak mahal iaitu sekitar RM55 sehala.

2- KLIA Transit.

Fungsinya hampir sama dengan KLIA express. Yang membezakan antara KLIA express dengan KLIA transit adalah KLIA transit akan berhenti di beberapa buah stesen iaitu KL Sentral TBS, Putrajaya Sentral, Salak Tinggi dan KLIA/KLIA2. Harga tambang bergantung kepada tempat korang naik. Untuk mendapatkan tips harga murah korang boleh baca cara jimat ke KLIA/ KLIA2 guna ERL.

3- Bas

Laluan bas ke KLIA/KLIA2 boleh dikatakan agak banyak. Antaranya:
a) TBS-KLIA/KLIA2-TBS
b) KL Sentral - KLIA2 - KL Sentral
c) Genting Highlinds - KLIA/KLIA2 - Genting Highlands
d) 1-Utama - KLIA/KLIA2 - 1-Utama

Kadar tambang pula jauh lebih murah berbanding KLIA express dan KLIA transit. Sekiranya korang menggunakan route KL Sentral / TBS - KLIA/KLIA2 masa perjalanan sekitar 1 jam 15 minit bergantung kepada trafik dgn harga sekitar RM10 sehala. Tapi kadang-kadang sejam pun dah sampai. Antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan seperti Aerobus dan Skybus. 

4- Taksi

Taksi bermeter antara alternative lain sekiranya korang berada di lokasi yang sukar untuk mengakses bas atau ERL. Kadar tambang agak mahal bergantung kepada route perjalan korang. 

5- Uber dan Grabcar

Merupakan alternatif kedua selepas taksi. Kadar tambang pula jauh lebih murah berbanding taksi. Untuk menempah/ menggunakan grabcar/ Uber, korang boleh download aps ke hpone. Cara menempah adalah hampir sama dengan menempah taksi. 


Mengikut pengalaman, saya lebih suka menggunakan bas atau KLIA transit kerana harga lebih murah jika dibandingkan dengan pengangkutan awam lain.

Semoga bermanfaat.

Cara ke KLIA2 dan KLIA dengan pengangkutan awam Cara ke KLIA2 dan KLIA dengan pengangkutan awam Reviewed by Lah Mohd on 13:26:00 Rating: 5
Powered by Blogger.