Pengalaman belajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - Nothing to Somethings

Pengalaman belajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Alhamdullilah secara rasminya pada penghujung 2012 saya telah dikurniakan Ijazah Sarjana dari UMT. Terima kasih UMT kerana telah memilih saya sebagai salah seorang pelajar pasa sesi kemasukan 2009  walaupun semasa habis belajar peringkat STPM, tidak terlintas pun UMT sebagai pilihan. Dalam doa hanya berharap terpilih untuk menjadi pelajar di universiti yang berada di bandar besar. Pilihan dalam sistem UPU sekadar untuk memenuhi ruangan 8 pilihan universiti. Tapi takdir menentukan saya di situ.


Jika ditanya kepada pelajar sekolah, mungkin masih ramai yang belum mengetahui tentang lokasi UMT berbanding universiti terkemuka lain seperti UPM, UKM atau UM. Pada entry ni saya bukan lah ingin bercerita tentang sejarah UMT, tetapi lebih kepada berkongsi keunikan atau kelebihan belajar di UMT menurut pengalaman saya sepanjang 3 tahun bergelar pelajar.

Untuk makluman kemudahan yang disediakan di UMT tiada bandingnya dengan Universiti lain. Ini kerana, UMT turut mempunyai kolam renang, dewan badminton, trek larian, gelangang tenis, masjid dan sebagainya. Kesemua kemudahan ini pula berada di depan kolej kediaman pelajar. Jadi sekiranya korang tidak mempunyai kenderaan (terutamanya pelajar tahun 1) korang tidak perlu risau kerana korang juga mampu menggunakan kesemua kemudahan yang di sediakan oleh UMT. 

Mungkin ada yang akan cakap jauhnya UMT, apa yang menarik di UMT. Ada wayang tak di Terengganu? ada shooping mall tak? Jawapannya di Kuala Terengganu tak ada wayang dan tak ada shooping mall yang besar. Yang ada hanya la Mydin, Giant dan Hock Kee Seng. Kalau korang nak tengok wayang korang perlu ke Mesra Mall di Kemaman atau ke Kuantan.

Walaupun tiada mall atau wayang, UMT masih indah dan menarik di mata saya. Berikut merupakan beberapa kelebihan dan kekurangan yang mampu saya listkan.


Kelebihan belajar di UMT

1- UMT terletak di tepi pantai

Perkara yang menarik bagi saya adalah kedudukan UMT yang berada di tepi pantai. Ini kerana tidak semua universiti di Malaysia berada di tepi pantai selain UMS dan UMT. Jadi banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti beriadah dan menenangkan fikiran apabila kepala kusut dengan asignment etc. Untuk ke pantai korang hanya perlu berjalan kaki sekitar 5-10 minit sahaja.

2- Boleh ke Pulau Bidong secara percuma

Bagi pelajar tahun 1, korang secara automatik terpilih untuk menyertai program "survival laut" yang dikendalikan oleh UMT. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program seperti snockling, hiking dan kayak.

Untuk makluman korang, Pulau Bidong merupakan pulau hak milik UMT dan tidak dibuka kepada umum. Jadi sekiranya korang terpilih ke UMT, korang di kira beruntung kerana korang dapat ke pulau yang tidak semua orang boleh pergi. Pulau ni merupakan pulau tinggalan penempatan pelarian Vietnam. Kalau korang ke sana korang masih boleh melihat kesan tinggalan. Tentang detail sejarah pulau korang boleh google.

3- Berdekatan dengan pulau yang cantik

Tidak seperti UPM, UKM dan UM yang berada di pusat bandar, UMT berada jauh dari kesibukan kota. Kedudukan UMT sangat dekat dengan pulau-pulau yang menarik seperti Perhentian, Kapas, Lang Tengah dan Redang. Jadi sekiranya korang nak bercuti, berhujung minggu atau menenangkan fikiran korang boleh ke pulau tersebut. Saya percaya aktiviti sebegini lebih seronok dari beriadah atau berhujung minggu di shooping mall


4- Berdekatan dengan kawasan air terjun

Sekiranya korang takut ter sunburn di sebabkan berjemur di bawah mentari, korang boleh ke kawasan perkelahan yang berlatarbelangkan air terjun yang lebih redup dan sejuk. Antara kawasan perkelahan atau air terjun yang korang boleh kunjungi seperti Lata Belatan, Sekayu, Lata Tembakah, La Hot Spring dan pelbagai lagi. Korang juga boleh ke Tasik Kenyir untuk menikmati keindahan flora dan fauna.

5- Tempat menarik lain

Selain menikmati keindahan alam semulajadi, korang juga boleh ke beberapa tempat menarik lain di sekitar bandar Kuala Terengganu. Antaranya tempat yang korang boleh lawati/kunjungi seperti muzium, pasar payang, Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Chinatown dan lain-lain. 

6- Makanan yang sedap

Antara makanan terkenal Terengganu adalah keropok lekor dan nasi dagang. Jadi sekiranya korang terpilih ke UMT korang secara tidak langsung boleh mencuba makanan yang ada di Terengganu. Untuk makluman korang kilang/kedai membuat keropok lekor Terengganu yang terkenal berada berdekatan dengan UMT. Selain itu, korang juga boleh mencuba aneka kuih-muih dan makanan tradisi Terengganu yang lain.

7- Berdekatan dengan tempat menarik di Kelantan

Selain menikmati keindahan di Terengganu, korang juga boleh meneroka keindahan di Kelantan. Perjalanan ke Bandar Kota Bharu hanya sekitar 2 jam setengah. Untuk ke bandar Kota Bharu, korang tidak perlu cuti yang lama, cukup cuti hari minggu.


Kekurangan belajar di UMT

1- Tiada shooping mall dan wayang

Bagi saya ketiadaan shooping mall dan wayang merupakan satu kelebihan kepada pelajar kerana saya boleh berjimat. Tapi mungkin ada sesetengah beranggapan ketiadaan kemudahan ini merupakan satu kekurangan. Jadi saya tak mahu explain detail, saya tinggalkan isu ni untuk korang tentukan.

Pengalaman belajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Pengalaman belajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Reviewed by Lah Mohd on 10:57:00 Rating: 5

9 comments:

  1. Macam best je...saya pun nk mohon umt lah bila habis matrik nanti.No hal la klau setakat xde wayang n shopping mall.Bkn masalah besar bagi org yg bukan kaki wayang n kaki shopping mcm saya. Saya lbh minat nk teroka alam.Saya nk tanya, dekat umt nanti ada x kelab renang atau apa2 cara saya nk belajar berenang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan Tuan/Cik berjaya ke UMT.

      Tak perlu join kelab renang luar sbb UMT dah ada kolam renang sendiri. Saiz kolam dah bertaraf kolam renang sukan dah. Nt Tuan/Cik boleh tanya staf UMT details ttg kelas renang bila dh daftar nt.

      Kalau nak lagi advance boleh join kokurikulum scuba diving. Tp yg ni selalu cepat penuh

      Delete
  2. Pelajar di sana tinggal di mana? Tempat tinggal dia macam hostel ataupun rumahflat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun satu tinggal di kolej kediaman yang disediakan oleh universiti. Tahun 2 dan keatas biasanya perlu menginap di rumah sewa (cari sendiri).

      Delete
    2. Boleh saya tahu bentuk kediaman tu mcm mana? Maksud saya 1 bilik berapa orang? Berkonsepkan rumah mcm uitm ke? Tandas di luar bilik atau mcm mana?

      Delete
    3. Maaf untuk sekarang saya tak pasti. Tapi kalau ikut pengalaman masa belajar dulu (2009-2012), satu bilik ada 2, 3 dan 4 orang.

      Bentuk bilik ada dua, satu konsep rumah dan satu konsep hostel (tandas diluar).

      Delete
  3. Maaf bertanya, di umt ade sediakan x kemudahan seperti dewan badminton dan dewan gym?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gym saya tak pasti ada tak. Tapi tak silap ada. Kalau lain-lain kemudahan ada. Cth dewan badminton, trek larian, kolam renang, tenis dll

      Delete

Powered by Blogger.