Tips sebelum memulakan percutian sebagai backpackers - Nothing to Somethings

Tips sebelum memulakan percutian sebagai backpackers

Tahun 2017, genap 3 tahun usia permulaan percutian saya ke luar negara. Mungkin masih belum banyak yang boleh dikongsikan sebagai panduan tapi saya cuba untuk senaraikan. Sepanjang percutian tersebut, setiap urusan saya uruskan sendiri tanpa melibatkan travel agent.

Tidak dinafikan percutian sebagai backpackers adalah jauh berbeza jika dibandingkan dengan menyertai Travel agent. Kalau dengan travel agent semua perkara di sediakan, tapi kalau korang bercuti bersendirian adalah wajib untuk menyediakan sedikit persiapan. Mungkin lain orang lain caranya. Tapi mengikut pengalaman peribadi antara perkara yang saya lakukan adalah seperti berikut: 


Tips sebelum memulakan trip/ percutian sebagai backpackers

1- Membaca info berkaitan lokasi yang dituju

Sebelum saya jejakkan kaki ke tempat baru, perkara pertama yang saya lakukan adalah mencari sebanyak boleh maklumat berkenaan lokasi yang dituju. Contohnya budaya setempat, mata wang, bahasa, lokasi menarik, pengankutan awam dan sebagainya. Maklumat sebegini penting bagi mengelakkan korang mudah ditipu dan sebagainya. 

2- Membuat perancangan atau jadual perjalanan

Lain orang lain caranya. Mungkin ada sesetengah backpackers lebih selesa dengan cara terjah. Tapi saya lebih suka dengan cara menyenaraikan aktiviti menarik terlebih dahulu. Selain boleh menyusun aktiviti, saya dapat jimatkan masa dan menambah lokasi yang boleh dituju memandangkan percutian saya selalunya tidak lama. 

3- Menyediakan salinan dokumen penting

Antara dokumen yang biasa saya sediakan adalah salinan passport. Ini bagi memudahkan sebarang urusan sekiranya berlaku kehilangan atau perkara yang tidak di ingini semasa bercuti.

4- Melakukan agihan wang untuk berbelanja

Pengurusan wang adalah sangat penting semasa bercuti. Kebiasaannya wang saya agihan kepada 4 bahagian. Untuk berbelanja, kecemasan, makan dan pengankutan/penginapan. Kesemua bahagian ini saya letakkan dalam ruangan yang bebeza bagi memudahkan penggunaan. 

 5- Mendapatkan nombor kedutaan 

Bagi saya memiliki nombor pejabat kedutaan tempat yang dilawati adalah penting sekiranya korang bercuti ke luar negara. Ini bagi memudahkan sebarang urusan sekiranya berlaku kecemasan memandangkan kedutaan merupakan antara orang yang paling penting dan dekat sekiranya berlaku perkara-perkara serious. Untuk dapatkan nombor kedutaan korang boleh google je. Tapi bagi sesetengah negara, nombor kedutaan ada di cover passport (kalau korang beli cover pasport la).

6- Membeli insurans

Terpulang kepada korang untuk membeli insurans daripada siapa. Tapi pastikan insurans yang di beli memberi perlindungan kepada semua aktiviti yang korang lakukan. Ini kerana lain insurans lain perlindungannya. Contoh, kalau korang ada perancangan untuk lakukan aktiviti extrem semasa bercuti, pastikan insurans yang dibeli melindungi korang. Mengikut pengetahuan saya, tidak semua syarikat insurans menyediakan perlindungan untuk aktiviti tersebut.

7- Menentukan masa ketibaan

Menentukan masa ketibaan adalah penting. Elakkan waktu ketibaan di malam hari sekiranya korang berseorang dan tidak biasa dengan keadaan sekeliling. Ini dapat mengelakkan korang daripada sesat, ditipu atau terpaksa berbelanja lebih disebabkan terpaksa menempah bilik, menggunakan taksi dan sebagainya. 

8- Pen dan buku

Sekurang-kurangnya biarlah ada sebatang pen dan satu buku nota kecil di dalam beg korang. Mungkin korang merasa pelik kenapa buku dan pen perlu ada. Bagi saya, pen perlu disediakan bagi memudahkan korang mengisi sebarang borang seperti arrival form. Jadi korang dah tak perlu beratur lagi di airport untuk menggunakan pen. Buku nota pula bagi memudahkan korang mencatat apa sahaja yang difikirkan perlu seperti nama jalan dan sebagainya. Mana la tau kot nanti bateri handphone habis di saat korang sangat memerlukan.
Tips sebelum memulakan percutian sebagai backpackers Tips sebelum memulakan percutian sebagai backpackers Reviewed by Lah Mohd on 09:22:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.