Antara mimpi and reality. Macam tak percaya je boleh sampai ke kem Baha Gunung Stong. Maklum la dah lama tak daki bukit bukau ni. Sejujurnya saya cakap, view dari kem Baha Gunung Stong sangat la cantik. Dengan ketinggian 1422m, korang akan berada di atas awan. Suhu plak memang best, sejuk je bila malam. Tentang air plak, rasanya tak payah cakap la, bila mandi memang terasa sejuknya. Walaupun sejuk tetap best. Airnya cukup jernih and rasanya kalau korang nak minum direct pun takde masalah.
Cara ke Gunung Stong
Untuk ke Gunung Stong, korang ada dua pilihan sama ada drive sendiri atau mengggunakan public transport. Sekiranya korang ingin menggunakan public transport korang ada dua pilihan iaitu dengan bas atau kereta api.
Sekiranya korang ingin menggunakan bas, korang boleh ambil sebarang route janji route tersebut ke stesen bas Jeli. Dari jeli korang boleh gunakan bas cityliner yang menggunakan laluan Jeli-Dabong (bas antara bandar). Tapi kalau korang malas nak naik turun bas, korang boleh naik taksi atau berurusan dengan pihak pengurusan resort di Gunung Stong untuk pick-up korang di stesen bas Jeli.

Manakala bagi mereka yang ingin menggunakan keretapi, korang boleh ambil route ke stesen Dabong. Dari stesen Dabong korang boleh naik taksi atau call pihak pengurusan untuk pick-up korang.
Kalau korang drive sendiri rasanya takde masalah untuk korang ke sini. Kalau terasa nak sesat korang boleh guna google map or waze. hehheehehhehehe. Tapi bagi saya tak susah pun nak ke Gunung Stong sebab signboard ada je sepanjang jalan bila korang dah masuk daerah Jeli or Dabong.
Nah saya belanja sikit gambar masa saya daki Gunung Stong. Layannnnnnnn.... Tapi sampai kem Baha je la sebab 7 haribulan dah nak puasa. hehehehe
Note: Peraturan terbaru, semua pendaki perlu dapatkan seorang guide sebelum memulakan pendakian. Kalau tak silap soerang guide boleh bawa max 15 orang. Harga plak sekitar RM150-RM200 per group per day (Boleh runding) - update 2016.
Selamat mendaki :) :) :)
Cara ke Gunung Stong, Kelantan
Reviewed by Lah Mohd
on
20:00:00
Rating:
No comments: