Sekiranya sebelum ini saya kongsikan pengalaman saya ke Kota Kinabalu, Sabah. Hari ini saya kongsikan pengalaman saya ke Kuching Sarawak. Negerinya cukup luas dan memerlukan korang aktif untuk bergerak. Sememangnya setiap negeri mempunyai keunikan dan daya tatikan yang tersendiri. Jadi untuk memudahkan korang, disini saya kongsikan tip dan tempat menarik di Kuching yang wajib korang kunjungi.
Selepas korang ke muzium tekstil, korang juga boleh ke muzium Sarawak. Lokasinya masih berdekatan dengan muzium tekstil. Untuk kesini korang boleh berjalan sekitar 5 minit dari muzium tekstik dengan menggunakan jalan yang sama iaitu jalan Tun Abang Haji Openg menuju ke padang merdeka. Muzium ni terletak bersebelahan dengan hotel Merdeka Palace. Dari sini korang juga boleh ke beberapa tempat menarik lain seperti Muzium alam semulajadi dan muzium seni.
Selepas masuk ke kampung Budaya korang boleh berehat di pantai Damai. Pemandangannya cukup cantik berlatar belakangkan Laut China Selatan
DUN Sarawak |
Panduan ke Kuching, Sarawak.
1- Passport
Seperti juga ke Sabah, rakyat semenanjung tidak perlu mengemukan passport untuk memasuki Sarawak, tetapi cukup dengan menunjukkan IC. W/pun begitu korang perlu melalui kaunter imigresen dan akan diberikan permit lawatan.
2- Pengankutan
Disebabkan Sarawak merupakan negeri yang cukup luas, bagi memudahkan pergerakan ke tempat yang menarik, amat di sarankan untuk korang menyewa kereta memandangkan banyak tempat menarik berada dalam jarak yang jauh. Korang boleh search di internet, banyak pihak yang menawarkan sewa kereta dengan harga yang murah dan servis yang baik.
3- Penginapan
Pilihan penginapan sebenarnya bergantung kepada aktiviti korang. Sekiranya korang ke Kuching tanpa menyewa kereta korang boleh menginap di sekitar jalan Gambir, Jalan Main Bazaar dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Dari sini korang boleh berjalan kaki ke tempat-tempat menarik sekitar bandar Kuching.
Tempat menarik di Kuching Sarawak
1- Tempat makan menarik
Sekiranya korang dah sampai ke Kuching, korang wajib cuba makanan kat sana seperti mee kolok, laksa sarawak, manuk pansoh (i.e. ayam yang dimasak dengan menggunakan buluh) dan ayam penyet. Antara tempat yang saya sarankan korang pergi adalah restoran My Village Barok dan Kopi O Corner. Tapi kalau korang tidak mempunyai kenderaan korang boleh ke My Village Barok yang terletak di Kg Boyan bertentangan dengan Kuching waterfront.
2- Kuching Waterfront
Kuching Waterfront berada di tebing Sg. Sarawak. Menjadi lokasi wajib untuk dikunjungi. Dari sini korang boleh nampak DUN Sarawak dan bergambar berlatang belakangkan DUN Sarawak. Pemandangan di sini lebih cantik bila malam. Di sekitar waterfront ni juga terdapat kedai yang menjual cenderahati, baju dan lain-lain. Dari sini juga korang boleh ke Kg Boyan untuk membeli kek lapis Sarawak.
3- Kampung Boyan
Bagi peminat kek lapis Sarawak, korang boleh ke kg Boyan untuk membeli terus daripada pembuat kek seperti Mira Cake House dan Dayang Salhah's Kek Lapis. Sekiranya korang menginap di sekitar Waterfront, korang boleh menaiki bot/sampan dengan bayaran sekitar RM0.50 untuk menyeberangi Sg. Sarawak. Di sekitar Kg Boyan ni juga terdapat banyak kedai makan yang menarik. Tapi saya cadangakan untuk korang ke Restoran My Village Barok (kalau tak silap hanya dibuka sebelah malam).
4- Tugu Kuching
Tak lengkap rasanya kalau korang ke Kuching kalau tak bergambar dengan Tugu Kuching. Ini kerana Tugu Kuching berperanan sebagai mercu tanda bandar Kuching. Jadi kalau tak bergambar seperti ke Langkawi tapi tidak bergambar dengan Si Burung Helang. Lokasinya masih di sekitar kawasan waterfront. Untuk ke sini korang boleh berjalan kaki menuju ke jalan Tunku Abdul Rahman dan korang akan jumpa tugu ni di tengah-tengah jalan (roundabout).
5- Muzium Tekstil Sarawak
Lokasi ni masih lagi di sekitar bandar kuching. Untuk kesini korang boleh berjalan sekitar 5 minit dari 'Kuching waterfront bazaar' dengan menggunakan jalan Tun Abang Haji Openg.
6- Muzium Sarawak
Selepas korang ke muzium tekstil, korang juga boleh ke muzium Sarawak. Lokasinya masih berdekatan dengan muzium tekstil. Untuk kesini korang boleh berjalan sekitar 5 minit dari muzium tekstik dengan menggunakan jalan yang sama iaitu jalan Tun Abang Haji Openg menuju ke padang merdeka. Muzium ni terletak bersebelahan dengan hotel Merdeka Palace. Dari sini korang juga boleh ke beberapa tempat menarik lain seperti Muzium alam semulajadi dan muzium seni.7- Pasar Satok dan Kompleks Kubah Ria
Sekiranya korang menyewa kereta korang boleh ke Pasar Satok dan Kompleks Kubah Ria. Kedua-dua lokasi ni berada bertentangan antara satu sama lain. Pasar Satok merupakan merupakan tempat yang sesuai untuk korang beli ikan terbuk masin. Harga yang ditawarkan adalah bergantung kepada saiz ikan. Korang juga boleh minta penjual bungkus cantik-cantik untuk dibawa pulang. Selain ikan masin terdapat juga pilihan barangan lain yang mungkin tiada di KL seperti hasil hutan.
8- Pasar Serikin
Merupakan antara tempat wajib untuk dikunjungi sekiranya korang ingin membeli barangan yang murah. Lokasinya terletak bersempadan dengan Indonesia dan korang perlu drive sekitar 1 jam 30 minit ke Serikin. Antara barangan yang dijual seperti jaket kulit, kain pelekat, kain batik yang dibawa dari Indonesia. Korang boleh tawar-menawar semasa membeli.
9- Kampung Budaya Sarawak dan pantai Damai
Sekiranya korang ingin mengenali etnik Sarawak, korang boleh ke Kampung Budaya Sarawak. Didalam perkampungan ini korang boleh melihat beberapa rumah etnik Sarawak dan memasuki rumah mereka dan melihat persembahan. Lokasinya terletak di kaki gunung Santubung. Untuk ke sini korang perlu drive sekitar satu jam. Sepanjang perjalan korang akan dapat melihat pemandangan yang cantik dari gunung Santubung. Untuk masuk kesini korang dikenakan sedikit bayaran, tapi kalau korang masih belajar, korang boleh tunjukkan kad matrik untuk dapatkan diskaun.Selepas masuk ke kampung Budaya korang boleh berehat di pantai Damai. Pemandangannya cukup cantik berlatar belakangkan Laut China Selatan
Tempat lain yang korang boleh kunjungi:
1- Kuching Wetlands National Park
2- Taman Negara Gunung Gading
3- Taman Negara Bako
4- Taman Negara Kubah
5- Pusat Hidupan Liar Matang
6- Jong's Crocodile Farm
7- Pusat Hidupan Liar Semenggoh
6- Jong's Crocodile Farm
7- Pusat Hidupan Liar Semenggoh
Tempat menarik dan panduan ke Kuching, Sarawak
Reviewed by Lah Mohd
on
23:03:00
Rating:
No comments: