GrabCar?
Mungkin ada yang tertanya apakah GrabCar dan bagaimana ia berfungsi. Untuk makluman anda secara ringkasnya Grabcar adalah kereta persendirian yang didaftarkan untuk mengambil penumpang dan menerima bayaran. Fungsinya sama dengan taksi tetapi kadar tambang adalah lebih murah dan tetap walaupun anda menaikinya lewat malam dan driver gunakan route yang jauh.
Contohnya, baru-baru ni saya menggunakan GrabCar sekitar jam 2 pagi dari TBS ke Serdang. Harga yang dikenakan oleh GrabCar adalah RM20 + tol RM2. Sekiranya menggunakan taksi kadar tambang sekitar RM30-RM45 tidak termasuk caj RM2 dan berubah mengikut route yang digunakan. Maksudnya, sekiranya driver taksi gunakan jalan jauh anda akan dikenakan caj yang lebih mahal. Berbeza dengan GrabCar, harga yang dipaparkan semasa booking adalah harga yang anda akan bayar masa turun nanti. Jadi anda dah tak perlu risau sekiranya driver menggunakan jalan jauh sebab harga yang dibayar adalah sama.
Bagi membantu anda, berikut saya kongsikan cara guna grabcar dengan bantuan Video dan teks.
Setelah apps GrabCar berjaya di install, anda perlu daftar sebagai pengguna. Untuk mendaftar sebagai pengguna anda boleh pilih sama ada login menerusi "Google, Facebook atau Mobile Number". Isikan maklumat yang diminta dan klik next. Sekiranya anda daftar/ login 'with Mobile Number, mesej pengesahan akan dihantar ke hpone anda. Isikan nombor yang dikirim dan tekan next. Selesai.

Cara guna GrabCar
1- Bantuan Video - Cara guna GrabCar Di Malaysia
Bantuan Teks - Cara guna GrabCar di Malaysia
1- Install apps GrabCar
Seperti kelaziman, sebelum anda menggunakan GrabCar anda perlu install apps terlebih dahulu. Untuk install Apps anda boleh download di playstore hpone. Selepas dah install ikuti beberapa langkah mudah berikut:
i- Daftar pengguna
Setelah apps GrabCar berjaya di install, anda perlu daftar sebagai pengguna. Untuk mendaftar sebagai pengguna anda boleh pilih sama ada login menerusi "Google, Facebook atau Mobile Number". Isikan maklumat yang diminta dan klik next. Sekiranya anda daftar/ login 'with Mobile Number, mesej pengesahan akan dihantar ke hpone anda. Isikan nombor yang dikirim dan tekan next. Selesai.
2- Tempahan GrabCar
Untuk menempah GrabCar anda hanya perlu masukkan lokasi "pick-up" dan "drop-off". Selepas anda dah masukkan lokasi anda boleh lihat bilangan CrabCar yang berada berdekatan dengan anda dan kadar tambang yang dikenakan (lihat gambar di atas). Jika anda setuju dengan kadar tambang yang dikenakan, tekan "book" untuk mencari dan memulakan tempahan. Biasanya driver GrabCar akan memberi respond kurang dari seminit untuk menerima tempahan anda.
Selesai.
Note: Pastikan anda masukkan lokasi "Pick-Up" yang senang untuk driver GrabCar cari.
Update: Harga GrabCar akan menjadi lebih mahal di waktu puncak. Harga ini akan kembali normal selepas permintaan berkurang. Namun, anda tidak perlu risau kerana harga yang dipaparkan semasa tempahan adalah harga yang dibayar semasa anda tiba di destinasi. Perbezaan ini anda dapat lihat sekiranya anda pernah menggunakan khidmat GrabCar untuk lokasi yang sama.
Cara menggunakan GrabCar di Malaysia
Reviewed by Lah Mohd
on
18:19:00
Rating:
MAAF. CAMNE CARA NAK BUAT BAYARAN. KALAU TULIS DISITU RM5? KIRA BAYAR BY HAND BOLEH?
ReplyDeleteYa, boleh
Deletetunai bole?
DeleteYa, boleh
DeleteLebuh mudah dan jimat wang
ReplyDeleteHi boleh amik nombor telefon saya 01137744739 nak tnya grab bayaran bulanan
DeleteMaaf, sy bukan penyedia perkhidmatan Grab. Mungkin tuan boleh deal dengan driver Grab yg tuan pernah tempah.
DeleteMenarik info.. baru nak mula guna kan grabcar..tq..
ReplyDeleteMaksudnya harga yg dah tulis Kat situ tu harga yg perlu dibayar bila dah sampai destinasi? Ke tu cas bayaran tempahan kereta?
ReplyDeleteYup, harga yang ditulis adalah harga yg dibayar masa turun. Tapi kalau guna jalan ada tol, bayaran tol kita kena bayar juga. Cth, caj TBS ke Serdang = RM20, tol RM2. So masa turun kena bayar RM22
Deletecamne nak pggl grab klu nk naik 2-3 orang?! kreta rosak smua yg tumpang kn join grab plk b4 siap repair ��
ReplyDeleteTempah mcm biasa cuma sebelum klik book pilih jenis kenderaan dahulu. Cth utk 4 atau 6 dll.
DeleteSaya dah dua kali naik Grab. Alhamdulillah puas hatilah sebab murah.
ReplyDeleteBlh ke kalau nk tmpah grab car secara bulanan..means kite nk dia bw kite hari2 pg kja dn blk kj..klu nk byr dia hr2 pn blh..jnji dia nk bw kite g kj hari2..cmne cara nye ye
ReplyDeleteYang ni saya tak sure boleh tak. Mungkin boleh tanya driver masa naik grab
DeleteHI...nak tanya kalau nak pergi 2 destinasi berbeza guna 1 grab boleh tak? maksudnya dari tempat A ke B (pick up barang sekejap) lepastu ke destinasi C?
ReplyDeleteYang ni kena bincang dengan driver. Saya pernah buat tapi untuk ke lokasi C memang grab akan lalu point B, jadi saya minta driver berhenti sekejap. Kalau laluan yang berbeza saya tak sure. Mungkin kena ambik grab lain.
DeleteInfo yg bagus untuk saye yg baru nak cube grab. Saye nk tanye kalau kite testing book ada masalah x.
ReplyDeleteNak test book boleh je sebab boleh cancel lepas booking dah confirm. Tapi kalau boleh jangan la. Kasihan kat pemandu. Nanti belajar je masa first time nak guna. Tak perlu test book.
DeleteSaya nak tanya, bagaimana cara nak book utk pg esok sbb takut waktu kemuncak susah utk dapatkan grab pd awal pg.
ReplyDeleteMaaf, yang ni saya tak pasti. Rasanya tak boleh buat tempahan awal kecuali awak dah berbincang dengan pemandu Grab
DeleteSaya dah banyak kali naik..tiptop lepastu pemandu grab pon mesra kira berbaloi ..😊
ReplyDeleteBayar ikut kepala berape org naik ke..atau bayar harga yang da ditulis walaupon 2 or 3 org naik..
ReplyDeleteBayar ikut harga yg dh ditulis. Tak kisah nak brp org
Deleteboleh ke tempahkan grab untuk penumpang tempat lain. Contohnya saya ingin tempeh grab untuk ibu.. nak hantar ibu dari rumahnya ke klinik di kampung.
ReplyDeleteMaaf lambat reply. Yg ni saya tak pasti sebab tak pernah cuba.
Deletemember kata bole tempahan utk org lain
DeleteYanie dan Lah Mohd..dulu Uber bole tempahan utk org lain
ReplyDeletecontoh dari tbs ke serdang rm20 dalam apps grab.. tu satu orang atau 4 orang untuk 1 kereta?
ReplyDeleteharga untuk satu kereta
DeleteBoleh ke klo kita nak tempah grab dr tempat lain utk ambil mak n pak kita utk hantar ke tempat kita? Sbb saya bekerja, jd xsempat utk jemput diorg... maknanya tempah grab ambil diorg then bwk ke rumah sy? Boleh ke?
ReplyDeleteMaaf yang ni saya tak pasti sebab tak pernah cuba
DeleteKalau nak booking hari ni boleh dari Taiping ke Penang
ReplyDeletekalau nak booking untuk seminggu akan dtg boleh ke, ke kena beli masa nak naik?
ReplyDeleteHi, biasa nak naik grab baru book. Tapi kalau nak booking untuk seminggu mungkin boleh bincang dgn driver.
DeleteSelalu nk kena tunggu lma tk driver smpai
ReplyDeletebergantung kepada lokasi grab berada. biasa kurang dari 10 minit
DeleteMacam mana nak bayar grab dgn tunai , tanpa tolak dari credit bank ?
ReplyDeletesebelum tempah grab, dalam apps tukar cara bayaran dari credit kepada tunai.
DeleteKenapa x boleh click dekat booking ye? Dia septtnye kotak hijau.. tp dia jadi kotak kelabu.. so x blh nk book.
ReplyDeleteada tak driver yang boleh ambil kita pulang balik kerja? bayaar setiap bulan
ReplyDelete