Percutian budget ke District 1 Ho Chi Minh City - menggunakan bas - Nothing to Somethings

Percutian budget ke District 1 Ho Chi Minh City - menggunakan bas

(Date of Travel: 6-10 March 2016)
Exchange rate: RM 190= VND 1 Juta

Alhamdulillah, sampai lagi saya ke overseas. Negara ke-3 selepas Singapore and Indonesia.

Sampai juga impian untuk ke Kota Ho Chi Minh yang terkenal dengnn tempat membeli-belah bagi rakyat Malaysia. Kali ni trip bertiga je, plan asal ber-4, tapi sorang tarik diri di saat akhir.

Sebelum ke Vietnam saya dah siapkan itinerary awal-awal. Survey harga dari blogger dan lain-lain. Tengok betapa gigihnya, siap lukis map sendiri. hehehe.. Semua lokasi ni korang boleh sampai dengan jalan kaki je. Kalau yang tak biasa jalan memang akan rasa jauh, tapi kalau dah biasa akan rasa dekat je. Yang best bila korang jalan kaki korang dapat kenal budaya dan cara masyarakat setempat. Sebelum jalan pastikan korang bawa mineral water siap-siap sebab suhu kat Ho Chi Minh agak panas. Macam saya sendiri, walaupun banyak minum air, rasa nak ke toilet tu takde pun sebab badan dah terhidrat.

Map sekitar District 1, Ho Chi Minh

Kalau korang nak tukar duit korang boleh tukar di Spectum Forex dalam NU sentral. Rate agak murah kalau nak compare dengan tempat lain. Masa saya tukar dapat RM190 untuk 1 juta Dong. Tapi saya tak tukar banyak pun, cukup untuk bayar hotel, makan dan public transport kat sana. Sebab kat sana ringgit pun dia orang terima kecuali untuk tempat-tempat tertentu seperti Butik, Mall, hotel dan lain-lain.

Duit Dong Vietnam
Duit Dong

Di sebabkan penerbangan tengah hari, jadi saya gerak awal ke KLIA2. Gerak awal untuk breakfast + Lunch sebab tak ambil set makanan dalam penerbangan. Makan puas-puas sebelum kena tahan nafsu makan sebab makanan halal kat Ho Chi Minh agak mahal. Sekali makan dah dekat RM20 atau VND100,000++ seorang.

Untuk ke Ben Thant dan ke airport saya hanya gunakan bus bernombor 152 dengan bayaran sebanyak 5,000 Dong. Tapi kalau korang bawa beg besar, dia akan kira beg tu sebagai satu penumpang. Jadi korang kena tambah lagi 5,000 dong bagi tiap-tiap beg. Perjalanan ke Ben Thanh dan ke airport lebih kurang 20-30 minit. Kalau korang first time ke Vietnam, don't worry, keluar je pintu arrival hall tu akan terus nampak bas sebelah kanan. Kalau korang tak jumpa bas, korang cari la Bugger King, bas tu ada betul-betul depan Bugger King. Korang tak payah pening-pening nak fikir kena turun di stesen ke berapa, sampai je stesen last macam gambar di bawah korang turun la. Tu maksudnya korang dah sampai di Ben Thant.

Keadaan Bus Stop dekat Ben Thant walaupun nampak simple, tapi dia punya service agak efficient. Bas tak kan tunggu korang. Cukup masa terus jalan. Bas akan gerak ikut jadual dan tak berhenti lama. Jadi, pandai-pandai la korang kejar bas. Kalau tak nak main kejar-kejar, korang boleh pilih taksi. Tapi kalau nak berjimat, di galakkan untuk guna bas sebab service dia bagus. Walaupun diaorang tak boleh nak speaking, tapi kalau korang tanya pasti ada yang sudi tolong.

bas stop di Ben Thant Market
Keadaan bas stop di Ben Thant Market

Sampai je Ben Thant terus saya cari hotel untuk check-in. Hotel yang saya sewa ni berada betul-betul di belakang Saigon Square. Dari bus stop ke hotel, perlu jalan kaki dalam 5 minit. Sebelum terlupa, kalau korang berminat nak sewa, nama hotel yang saya inap sepanjang 5D4N adalah Hai Van hotel. Bukan haiwan ye, hehehe... Tapi hotel ni kebelakang sikit dan tidak sesuai sekiranya korang suka keluar malam.

Di sebabkan hotel hanya di belakang Saigon Square, jadi boleh di katakan tiap-tiap saya masuk Saigon Square sebab short cut untuk ke Ben Thant Market, dan Malaysia street. Walaupun masuk banyak kali tapi tak beli apa-apa pun sebab mahal and kalau mintak kurang pun, boleh kurang sikit je.

View bilik hotel: Ada satu katil king dan satu single. Satu almari yang penuh dengan "hanger". Ada mini peti ais. Dalam tu ada mineral water, red bull, coffee. Tapi awas, bukan percuma. Walaupun ada caj, tapi takde la mahal sangat, air mineral pihak hotel caj VND10,000/botol. Tapi kalau korang rajin boleh je turun beli mineral water kat kedai betul-betul depan hotel ni.

Satu lagi kalau korang nak berjimat, korang boleh bawa roti, maggi dan lain-lain makanan segera sebab kat hotel ni pihak hotel ada sediakan kettle.

Hai Van Hotel

Lepas check-in, saya terus cari restoran halal. Jarak dari hotel ke restoran tak jauh pun, sekitar 10 minit jalan kaki. Sebelum sampai restoran sempat cuci mata di Saigon Square and Ben Thant market. Untuk first day saya cuba makanan di restoran Basiroh. Tapi untuk empat hari seterusnya saya makan di restoran Musa Kaream. Bagi saya rasa masakan lebih sedap di restoran Musa Kaream berbanding restoran Basiroh. Harga di restoran Musa Kaream pun jauh lebih murah. Kalau korang sampai sini jangn lupa cuba Vietnamese noodle soup. Rasanya sedap, tapi manis sikit. 

Restoran Musa Kaream
Antara menu di restoran Musa Kaream

Lepas makan saya survey harga sekitar Nguyen An Ninh Street (Malaysia street). Kawasan ni famous dengan rakyat Malaysia sebab ramai rakyat Malaysia tinggal di hotel sekitar jalan ni. Kebanyakkan peniaga pun boleh berbahasa melayu dengan fasih. Kalau waktu siang, tak ramai sangt orang. Tapi kalau malam jalan ni agak sibuk dan tiap langkah korang mesti jumpa dengan rakyat Malaysia. Kebanyakkan restoran halal pun ada di area ni. 

Nguyen An Ninh Street atau Malaysia street, Vietnam

Selain untuk tujuan berbelanjan, saya turut ke lokasi-lokasi bersejarah/menarik. Lokasi kat bawah ni saya tak pasti apa nama dia, tapi lokasi ni bersebelahan dengan Dong Khoi Street. Kawasan ni sentiasa berangin. Kalau pagi rasa sejuk je. Kalau dari Ben Thanh dalam 5-10 minit je jalan kaki. Dataran agak luas dan bila malam ramai je orang berkumpul untuk beriadah. Suasana kat Ho Chi Minh agak unik, tapi tiap-tiap malam boleh dikatakan dia orang keluar beriadah bersama keluarga.


Kat hujung laluan gambar ni korang akan jumpa sungai. View agak cantik ada kapal besar keluar masuk. Dan satu lagi yang unik, bawah dasar sungai ni ada laluan kereta (laluan bawah tanah)


View sepanjang dataran di hadapan monument Ho Chi Minh

Sekiranya korang nak melihat bandar sekitar District 1 korang boleh ke Bitexco Financial Tower. Dalam ni korang boleh pusing 360 darjah. Sekali tengok sebijik macam menara TM kat KL. Bayaran masuk VND 200,000 atau sekitar RM40.  Kat atas ni korang boleh nampak Ben Thant Market. 

Ruang tinjau Bitexco Financial Tower

Seterusnya kami ke Saigon Central Post Office. Bangunan ni masih aktif berurusniaga dan berada bersebelahan dengan Ratre Dome Cathedral. Kalau korang dari Dong Khoi Street atau dari pusat membeli-belah Vincom Center korang akan nampak bangunan ni sebelah kanan Ratre Dome Cathedral. 

Saigon Central Post Office
Saigon Central Post Office

Bagi peminat HRC, jangan lupa untuk mendapatkan koleksi korang. Untuk ke HRC, jaraknya tak jauh pun dari Saigon Central Post Office and Ratre Dome Cathedral. Lorong ke HRC bersebelahan dengan Saigon Central Post Office dan bertentangan dengan Ratre Dome Cathedral. Kalau korang tengok map kat atas, mesti korang boleh jumpa HRC. Sebelum sampai korang akan jumpa jalan yang menjual pelbagai koleksi buku seperti kat bawah. Jalan je straight korang akan jumpa HRC kat penghujung jalan ni.

Laluan sebelum sampai ke HRC

Plan seterusnya, saya ke Independe Palace. Untuk ke sini korang boleh lintas jalan di sebelah kiri Ratre Dome Cathedral. Sebelum sampai korang akan jumpa taman. Rasa sejuk je kalau korang duduk lama-lama kat taman tu. Kalau waktu siang taman ni tak berapa meriah, tapi kalau malam taman ni akan bertukar sedikit meriah.

Independence Palace ni saya tak masuk pun sebab rasanya kena bayar (Sebab tengok orang beratur panjang). Jadi ambik gambar dari luar je la. Dari luar korang akan nampak beberapa koleksi peralatan perang dan lain-lain.

Independence Palace
Independence Palace

Lokasi seterusnya saya plan nak ke War Muzeum, tapi nasib sedikit malang, saya tak jumpa pun War Muzeum. Bila balik hotel dan check balik map, rupa-rupanya saya salah lorong. huhuhu..

Bagi mereka yang sukakan gaya mewah pula korang boleh cuba tinggal di area Dong Khoi Street. Banyak butik-butik yang famous dan hotel-hotel terkenal.

Dong Khoi Street
Dong Khoi Street, Ho Chi Minh

Antara tempat menarik untuk korang dapatkan barangan berjenama adalah Vincom Center. Memang rambang mata dibuatnya. Sesetengah koleksi di sini mungkin takde kat KL. Plan asal memang takde dalam itinerary, tapi bila dh masuk, dua kali juga saya ulang ke sini. Paling saya berkenan kasut Levi's, Tapi mahal sesangattttt....

Sebelum ke sini pastikan korang bawa duit Dong cukup-cukup sebab semua urusniaga dalam Dong. Kalau korang dah aktifkan kad ATM korang untuk pengeluaran antarabangsa, boleh la cucuk puas-puas untuk shopping kat sini. ATM machine ada kat lot bawah bertentangan dengan bangunan Parkson.

Kalau korang nak ke sini, jangan risau sebab bangunan ni dari jauh pun dah nampak, kat Ben Thant pun kalau tak silap dah boleh nampak. Yang penting korang kena rajin jalan kaki. Antara jenama yang korang boleh tengok, Levi's, G-shock and banyk lagi la. Tentang harga, pandai-pandai la korang kira. Kalau murah dari Malaysia boleh beli, kalau mahal window shopping je la. 

Vincom Center
Vincom Center

Dari Binh Tay, Ben Thant, Saigon Square, Taka Plaza, Vincom Center, and lot-lot kedai area Ben Thant semua saya masuk. Bagi saya tempat paling best untuk shopping adalah Ben Thant dan lot kedai sekitar kawasan Ben Thant. Harga murah dan senang nak tawar-menawar. 

Harga kat Saigon Square pula susah sikit nak mintak kurang, kalau dapat pun mesti tak banyak. Tapi tak tau la kot-kot saya tak pandai tawar-menawar. Gaun kanak-kanak yang cantik-cantik. Harga sekitar VND 300,000 hingga VND 500,000, bergantung kepada design and meterial.

Satu lagi tempat yang ok untuk korang berbelanjan adalah Ben Thant Night Market. Pasar ni hidup sekitar jam 7-12 p.m. Korang tak payah nak cari atau google sebab pasar ni ada kat lorong sekitar Ben Thant Market je. Lepas je Ben Thant tutup, diaorang terus buka kedai. Kalau nak beli Keychain boleh la beli masa ni, Bargain puas-puas sampai dapat harga yang korang nak. Tapi lepas bargain jangn lupa beli nanti tak pasal-pasal korang kena marah.

Ben Thant Night Market

Sebelum balik saya sempat ke Binh Tay. Untuk ke Binh Tay, korang boleh naik bas nombor 1 dan turun di stesen terakhir. Masa balik pun korang boleh naik bas yang sama dan turun di stesen terakhir. Bayaran ke Binh Tay VND5000. Tapi saya tak sarankan korang ke sana sebab suhu agak panas. Keadaannya sangat berbeza kalau nak bandingkan dengan Ben Thant. Sangat-sangat tak selesa dan saya pun kejap je ke Binh Tay sebab tak tahan.

Suasana dalam Binh Tay

Menu terakhir kami di District 1. Special decoration dari restoran Musa Kaream. Mungkin sebab kami dah jadi regular customer dia sepanjang 4 hari. Sampaikan menu yang kami nak order pun diaorang dah tau. Menu wajib mesti ada 3 gelas air kosong. hehehhehehehhehe... Menu ni memang special untuk malam terakhir, sebab sebelum tu hiasan dia biasa-biasa je. Nasi lemak pun special, biasa dia letak telur rebus sebiji yang di belah dua, tapi malam ni dia letak telur goreng.

Special decoration dari restoran Musa Kaream

Hasil berbelanja, masa beli tak rasa berat pun. Tapi bila balik, perhhhhhh sangat berat. 15 kg barangan tempahan sahaja belum masuk barang saya sendiri. Maklum la kakak perempuan ramai. hehehe. Dari Kiri, kain jubah empat pertama RM35/pasang, kain jubah ke 5 lupa harga, tapi sekitar RM40), kain jubah ke-6 RM35/pasang, kain pasang sutera vietnam RM25/pasang(kain ke-8 n 9), English cottoh RM65 dua pasang (2 pasang terakhir).

Antara koleksi kain dibeli di Ben Thanh

Hari terakhir di Ho Chi Minh City. Rasa tak sabar nak balik KL. Tak sabar sebab duit dah habis. Kalau ada lagi duit, mahu lagi seminggu saya kat sana. hehehe..

Bye-bye Ho Chi Minh. Till we meet again

Next trip....... loading.......


Budget seorang untuk 5D4N

RM 536 (Tidak termasuk shopping and bayaran masuk tempat menarik)
Makan: Sekitar RM16 sekali makan/orang - 8 x makan = RM128/person
Hotel: RM493 (4 malam) - RM165/person
Flight ticket: RM 724 - 2 hala (4 orang) - Rm181/person
Luggage : RM116 (50kg) - RM39/person
Bas KL Sentral - KLIA2 - KL Sentral: RM 53.40 2 hala (3 orang) - RM18/person
Bas Ho Chi Minh Airport - Ben Thant - Airport: Sekitar RM3/person
Bas Ben Thant - Ben Thay - Ben Thant = Sekitar RM2/person

Note: Kalau korang nak jimat korang boleh kurangkan muatan Luggage and bilangan hari di Ho Chi Minh atau bawa bekal dari KL. Rasa 3D2N pun dah cukup untuk korang pusing satu District 1.


Info:

1- Matawang

Dong, Ringgit, dan US Dollar antara tiga matawang yang di terima.

Note:
Tidak semua tempat menerima Ringgit and US Dollar. Matawang Dong di perlukan untuk penggunaan public transport, sesetengah hotel dan lain-lain. Memandangkan ringgit sudah mengalami susut nilai, kemungkinan untuk mereka terima adalah rendah. 

2- Bahasa

Kebanyakkan peniaga disekitar Ben Thant Market boleh berbahasa Melayu. Tetapi penggunaan Bahasa English juga amatlah penting.

3- Makanan Halal

Terdapat pelbagai pilihan makanan halal di sekitar Ben Thant market. Harga agak mahal jika di bandingkan dengan Malaysia. Sekiranya ingin berjimat anda boleh membawa makanan sendiri dari Malaysia. Sekali makan sekitar RM20 atau VND100,000++.

4- Passport

Sangat diperlukan. Pastikan passport anda sah sekurang2 nya 6 bulan dari tarikh perjalanan. Tapi bagi saya, lebih elok sekiranya passport sah sekurang2 nya 8-10 bulan dari tarikh perjalanan.

5- Visa

Untuk perlananan singkat, visa tidak diperlukan kecuali kalau korang nak ke vietnam lebih daripada 30 hari. Untuk kepastian check keperluan visa di sini.


Tempat menarik di District 1 Ho Chi Minh City

Berbelanja:
1-Malaysia Street or Nguyen An ninh Street
2-Ben Thant
3-Binh Tay
4-Ben Thant Night Market
5-Taka Plaza
6-Saigon Square
7-Dong Khoi Street (Barangan Berjenama)
8-Vincom Center (Barangan Berjenama)
9- Lot kedai sekitar Ben Thant Market
10-Hard Rock Cafe

Tempat bersejarah/menarik:
1-Bitexco Financial Tower (fee VND 200,000)
2-Chu Chi Tunnel (Dapatkan harga dari travel agent or hotel anda)
3-Independence Palace (ada bayaran masuk)
4-Saigon Central Post Office (free)
5-Notre Dome Cathedral
6-War Muzeum (ada bayaran masuk)
7-Saigon Opera House (ada bayaran masuk)

Percutian budget ke District 1 Ho Chi Minh City - menggunakan bas Percutian budget ke District 1 Ho Chi Minh City - menggunakan bas Reviewed by Lah Mohd on 15:24:00 Rating: 5

1 comment:

  1. Jom ke HCM – Dalat – Mui Ne 2020!!!!!! Hanya RM1500/pax termasuk flight + transport + hotel + meal + entrance fee + tour guide ✈ Haaa jom cepat2 booking. Promosi tamat pada 31/12/19. Untuk full itinerary boleh ws 018-9581995 atau email najwaakutravel@gmail.com.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.