Cara ke Pulau Perhentian dari Kuala Lumpur (KL) dengan bas atau flight - Nothing to Somethings

Cara ke Pulau Perhentian dari Kuala Lumpur (KL) dengan bas atau flight


Wah, bestnya kalau dapat bercuti lagi. Rindu nak feeling macam tiada apa-apa yang penting. Tidak perlu fikir tentang kerja, kena marah oleh bos dan sebagainya. Tapi dah jadi lumrah kena kerja dulu, cari duit banyak-banyak baru boleh bercuti. Sebenarnya dalam artikle ni saya bukan lah nak cerita pasal kerja etc, tapi nak kongsikan tentang cara nak ke Pulau Perhentian Terengganu.

Memandangkan last week ada kawan tanya macam mana nak ke Perhentian dari KL dengan public transport, so hari ni saya kongsikan cara nak ke Perhentian. Bagi korang yang ada di KL, untuk ke Perhentian dengan Public transport ada 2 cara:

Cara ke Pulau Perhentian

Pertama: Ke Pulau Perhentian menggunakan Bas

Memandangkan TBS telah beroperasi sepenuhnya, untuk ke perhentian korang boleh ambil route perjalanan dari TBS ke Kuala Besut. Antara bas yang boleh korang guna seperti, Perdana Express, Sani Express dan lain-lain (korang boleh check dekat website TBS atau ke kaunterTBS). Harga tiket plak sekitar RM44 sehala. Masa perjalanan biasanya ada dua, pagi dan malam. Tapi saya sarankan korang ambik bas malam sebab sampai sana pagi (sekitar jam 5) dan korang boleh terus tunggu ferry ke Perhentian. Sebab korang sampai awal pagi, make sure korang tunggu dekat bus stop tu sampai hari cerah sebab biasanya kawasan tu sunyi.  Kalau korang ambik bas pagi, korang sampai sana dah petang, entah-entah ferry ke Perhentian dah takde dan terpaksa korang tidur satu malam di Kuala Besut.

Dari stesen bas Kuala Besut (stesen lama yang saya tanda X warna biru dalam map) ke Perhentian, korang dah tak perlu ambil teksi. Korang jalan je sikit terus nampak jeti sebab kawasan stesen bas dan memang kawasan jeti.

Tapi kalau korang turun kat stesen baru (yang dekat Pasar Tani Kuala Besut- rujuk map kat bawah) korang kena ambik taksi atau korang boleh jalan kaki. Untuk stesen baru ni saya tak pasti dah beroperasi belum, tapi hari tu saya tengok dah siap. Kalau sebelum ni memang dia akan turunkan penumpang dekat stesen lama. Kalau korang nak jalan kaki pastikan korang ambil laluan bintik-bintik tu sebab yang tu laluan utama, so selamat sikit memandangkan korang sampai awal pagi (kalau korang ambik bas malam la).

Sumber; Google Maps


Kedua: Ke Pulau Perhentian menggunakan flight

Kalau korang guna flight, korang boleh pilih sama ada nak turun di airport Kota Bharu atau Kuala Terengganu. Tapi rasanya kalau korang turun di airport Kota Bharu lagi dekat.


Dari Airport Kota Bharu
Kalau korang turun di Kota Bharu, korang ada 4 pilihan untuk ke Perhentian

1- Guna taksi airport - yang ni korang boleh ambik dekat kawasan airport

2- Guna taksi biasa - kalau korang nak guna taksi biasa korang kena jalan sikit ke jalan besar. Tapi taksi ni ada waktu siang je. W/pun siang hari, untuk dapatkan taksi agak susah.

3- Guna Bas - guna bas ni leceh sikit, kalau tak silap korang kena ke bandar KB dulu lepas tu baru boleh ambik bas ke Kuala Besut. Untuk dapatkan bas korang kena jalan ke jalan besar juga macam nak dapatkan taksi biasa.

4- Ambil pakej - yang ni paling senang. Kalau korang ambik pakej korang boleh minta agent untuk pick-up korang dekat airport.


Dari Airport Kuala Terengganu
Kalau korang turun di airport Kuala Terengganu, korang ada 3pilihan untuk ke Perhentian:

1- Guna taksi airport - yang ni korang boleh ambik dekat kawasan airport. Macam airport-2 lain juga.

3- Guna Bas - guna bas ni leceh sikit sebab korang kena ke stesen bas utama di Kuala Terengganu. Untuk ke stesen bas utama, korang boleh minta taksi airport hantarkan. Dari terminal bas korang boleh naik bas route Kuala Besut-Kuala Terengganu-Kuala Besut. Nanti minta pakcik tu berhenti bila dah sampai Jeti Perhentian di Kuala Besut.

Tapi kalau korang malas nak ke stesen bas utama, korang boleh tunggu dekat Unisza atau depan McD dekat Unisza. Pastikan korang tunggu di sebelah pagar Unisza. Untuk ke Unisza ni korang boleh minta taksi airport hantarkan. So boleh la korang jimat sikit compare kalau korang ambik taksi ke stesen utama.

4- Ambil pakej - yang ni sama je macam kat atas.


Setelah korang dah sampai ke Jeti Kuala Besut, korang perlu dapatkan tiket feri dengan harga RM70 (dua hala- Jeti Kuala besut - Perhentian - Jeti Kuala Besut).

Selesai.


Cara ke Pulau Perhentian dari Kuala Lumpur (KL) dengan bas atau flight Cara ke Pulau Perhentian dari Kuala Lumpur (KL) dengan bas atau flight Reviewed by Lah Mohd on 21:59:00 Rating: 5

1 comment:

  1. Untuk ke pulau perhentian boleb book teksi di laman web kami...no need deposit . airporttaxikelantan.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.