Tempat menarik dan panduan percutian di Kota Kinabalu,Sabah - Nothing to Somethings

Tempat menarik dan panduan percutian di Kota Kinabalu,Sabah


Alhamdulillah, kali ni dah kali kedua saya jejakkan kaki ke negeri bawah bayu Sabah. Kali pertama bersama kawan-kawan dan kali kedua bersama keluarga. Bagi saya Sabah merupakan negeri yang cukup cantik dengan flora dan faunanya. Lebih terpesona bila saya dapat ke beberapa tempat menarik seperti Kundasang, Kinabalu Park dan beberapa pulau sekitar kota Kinabalu. Bagi korang yang berminat ke Kota Kinabalu, disini saya kongsikan sedikit panduan dan tempat menarik di Kota Kinabalu, Sabah yang boleh korang kunjungi

Tanjung Aru, Sabah
Tanjung Aru, Sabah

Panduan ke Kota Kinabalu, Sabah

1- Passport

Passport? mesti pelik kan kenasa saya tulis passport. Sebenanrnya ada beberapa kenalan bertanyakan tentang hal ini. Jadi sebagai panduan semua, untuk ke Sabah rakyat semenanjung tidak perlu mengemukan passport, tetapi cukup dengan menunjukkan IC.

2- Pengankutan

Bagi memudahkan pergerakan ke tempat yang menarik, amat di sarankan untuk korang menyewa kereta memandangkan banyak tempat menarik berada dalam jarak yang jauh. Korang boleh search di internet, banyak pihak yang menawarkan sewa kereta dengan harga yang murah dan servis yang baik.

3- Penginapan

Bergantung kepada mood korang, kalau korang nak selesa korang boleh pilih hotel yang mempunyai pakej yang lengkap. Tetapi kalau korang sekadar menyewa untuk tidur disarankan untuk pilih hotel atau homestay yang murah. Mengikut pengalaman w/pun harga murah, servis tetap dijaga.

4- Makanan

Bagi yang beragama islam, isu makanan halal sememangnya menjadi keutamaan. Sekiranya korang ke Kota Kinabalu, isu makanan halal tidak perlu dirisaukan kecuali kalau korang ke Kundasang atau Ranau. Ini kerana di sekitar Kota Kinabalu terdapat banyak restoran halal. Semasa di Kota Kinabalu saya sarankan korang mencuba seafood. Harganya sangat murah berbanding di semenanjung dan segar. Kalau korang sewa homestay saya sarankan korang masak dan beli bahan basah di pasar basah. Memang sangat puas hati makan seafood. Sekiranya korang nak ke pasar basah disarankan gerak awal. Sebelum subuh pun dah boleh kesana.

Kinabalu Park, Sabah
Kinabalu Park, Sabah

Tempat menarik di Sabah

1- Tanjung Aru dan Teluk Likas

Merupakan kawasan istirehat yang berlatar belakangkan pantai. Menyediakan ruang pandangan sunset yang cukup memukau di waktu senja. W/bagaimanapun kedua-dua tempat ini berada di kawasan yang berbeza. Tanjung Aru terletak berdekatan dengan airport, manakala sunset di Teluk Likas boleh dilihat di sepanjang jalan Tun Fuad Stephen yang menuju ke OneBorneo. Untuk ke sini korang perlu drive lebih kurang 15 minit Pusat Bandar KK.

2- Philippine Market

Terletak di Jalan Tun Fuad di bandar KK. Sangat terkenal dengan barangn perhiasan seperti kerongsang, butang baju melayu, rantai dan gelang yang diperbuat daripada mutiara dan pelbagai lagi. Apa yang menarik adalah, semasa membeli korang boleh tawar menawar. Sekiranya korang menginap di sekitar Jalan Tun Fuad, korang boleh jalan kaki je ke sini. 

3- Jesselton Point Waterfront

Merupakan terminal feri utama di Kota Kinabalu untuk mereka yang ingin ke pulau, Labuan dan Brunei. Kawasan ini menawarkan pemandangan tepi pantai yang cukup cantik. Tapi kalau korang bernasib baik, korang akan dapat bergambar dengan berlatar belakang kapal-kapal/fery yang besar. Untuk kesini korang perlu drive, tapi kalau rajin korang boleh jalan kaki sekitar 20 minit dari Pasar kraftangan Philippine Market.

4- Taman Laut Tunku Abdul Rahman

Taman laut Tunku Abdul Rahman merupakan kawasan terumbu karang yang terdiri daripada beberapa gugusan pulau seperti Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Gaya. Untuk ke sini korang boleh dapatkan perkhidmatan feri di jeti Jeselton Point. Harga yang ditawarkan berubah-ubah bergantung kepada pakej yang korang ambil. Tapi kalau korang nak berjimat, korang beli tiket feri sahaja di terminal. Bayaran lain seperti sewa pelampung, banana boat dan lain-lain korang boleh beli semasa di pulau bergantung kepada aktiviti yang korang nak buat. Tapi yang tak menarik di sini adalah ikan tak sejinak seperti kat Langkawi. 

5- Pekan Nabalu

Sekiranya korang nak beli cenderahati seperti keychain atau cenderahati yang di anyam dengan tangan, Pekan Nabalu adalah tempat yang sesuai. Untuk kesini korang perlu drive sekitar dua jam dari bandar KK bergantung kepada kelajuan kereta korang. Tapi dinasihatkan drive dengan berhemah kerana jalan berbukit. Korang akan jumpa pekan ni dahulu sebelum sampai ke Kinabalu Park.

6- Kinabalu Park

Merupakan salah satu taman negara yang telah di iktiraf oleh UNESCO. Perjalanan ke sini adalah sekitar dua jam dari bandar KK. Bayaran masuk akan dikenakan kepada pelawat. Korang boleh bawa kereta sehingga ke kaki gunung (pintu para pendaki memulakan pendakian). Sejujurnya saya katakan, pemandangannya sangat cantik dan suhunya agak sejuk. Sekiranya korang nak kesini dinasihatkan bergerak di awal pagi kerana jika korang bergerak lewat puncak gunung telah ditutupi oleh awan. Jadi tak dapatlah korang nak lihat dan bergambar dengan puncak gunung Kinabalu. Kalau korang rajin, beberapa laluan pejalan kaki disediakan. Jadi korang boleh cuba tahap stamina korang dan menikmati keindahan hutan di Kinabalu Park.

7- Desa Cattle Dairy Farm

Sekiranya korang nak merasa hasil susu segar korang boleh kesini. Harga susu yang ditawarkan adalah berpatutan. Pemandangan pun cantik. W/pun begitu, sedikit bayaran masuk akan dikenakan kepada pengunjung. Desa Cattle Dairy Farm ni juga turut dikenali sebagai New Zealand Malaysia. Kalau nak korang tau kenapa di panggil New Zealand korang kena kunjungi dan nikmati pemandangannya sendiri. Kalau korang guna google Map pun jumpa tempat ni. Perjalanan kesini mengambil masa sekitar 30 minit dari pintu masuk Kinabalu Park.

8- Tagal Sungai Moroli, Kg Luanti (Fish massage)

Tidak lengkap rasanya kalau korang ke Kota Kinabalu tapi tak ke Kg Luanti. Apa yang menarik di sini ialah korang boleh bermain dan mandi dengan ikan kelah. Bayaran masuk bergantung kepada pilihan korang sama ada sekadar bermain dengan ikan atau mandi. Untuk menarik minat ikan dekat kepada korang, korang boleh beli pek makanan ikan dengan harga RM0.20 sen. Perjalanan ke sini mengambil masa sekitar 30 minit dari pekan Ranau.

9- Poring Hot Spring

Poring Hot Spring merupakan kolam air panas yang berada dalam kawasan taman negara. Sekiranya korang telah masuk ke Kinabalu Park, tiket tersebut turut boleh digunakan di sini. Antara aktiviti menarik disini adalah korang boleh naik titian konopi, mandi air terjun atau kolam, atau berendam dalam air panas. Untuk ke air terjun korang perlu berjalan sekitar 15-20 minit ke dalam hutan.

Selain daripada tempat menarik yang saya nyatakan di atas, korang juga boleh ke:
1- Aquarium & Marine Museum
2- Atkinson Clock Tower
3- Menara Tun Mustapha
4- Double Six Memorial Park
5- Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
6- Kota Kinabalu Wetlands
7- KK Esplanade
8- Ladang teh Sabah

Tempat menarik dan panduan percutian di Kota Kinabalu,Sabah Tempat menarik dan panduan percutian di Kota Kinabalu,Sabah Reviewed by Lah Mohd on 23:44:00 Rating: 5

1 comment:

  1. Mohon Maaf kami ingin menumpang iklan...

    TIPS PERCUTIAN MURAH KE SABAH!!!
    Mari Bercuti Ke Sabah.... 2017

    Assalamualaikum Tuan Puan...
    Bercuti la ke Sabah....!!
    Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...

    Antara Kelebihan kami:

    Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..
    a) Nissan Urvan RM230 sehari
    b) Toyota Innova RM200 sehari
    c) Toyota Avanza RM160
    d) Nissan Grand Livina RM170
    e) Proton Exora RM150
    f) Produa Alza RM140
    g) Toyota Vios RM160
    h) Proton Saga Flx RM120
    i) Produa Myvi RM120
    j) Produa Viva RM100
    k) Proton Waja RM120
    l) Proton Preve RM150
    m) Viva 660 RM70

    * Harga di atas adalah minimum sewa
    untuk 3 hari ke atas...
    * Penghantaran kereta percuma ke
    Airport dan tempat penginapan.
    * Kadar harga lebih rendah untuk sewa
    secara bulanan.

    Antara kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :

    1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
    istimewa daripada kami bermula harga
    RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
    kundasang...

    2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm250 semalam!!!

    3. Pemandu Pelancong..
    Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...

    4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
    Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM20.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee...
    Kami juga memberikan harga istimewa untuk Water Sport berikut:
    * Banana Boat RM30 (15 mnt)
    * FlyFish RM60 (15 mnt)
    * Parasailing RM55 (15 mnt)
    * Jetski RM140 (30 mnt)
    * Sea Walking RM150 (30 mnt)

    5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
    Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...

    Hubungi kami
    0163751978
    Boleh Call atau Whatsapp


    ReplyDelete

Powered by Blogger.